February, 2016

now browsing by month

 

FORUM PERKAUMAN, BANGSA & ISLAM – 13 FEBRUARI 2016

Forum perkauman bangsa

 

Alhamdulillah, forum yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya. Berikut merupakan rakaman penuh forum ini:

DISKUSI PERUBATAN ISLAM – 28 FEBRUARI 2016

perubatan kecik

Pengenalan

Bidang perubatan Islam adalah antara satu cabang ilmu dalam Islam. Berlaku polemik dalam mendefinisikan apakah itu perubatan Islam dan perlukah dinamakan perubatan Islam? Pada masa yang sama, sesetengah pihak mengehadkan perubatan Islam hanya kepada ruqyah al-Syar’iyyah semata-mata. Program ini akan cuba merungkai dan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang isu ini. Para peserta akan didedahkan dengan teknik rawatan berasaskan ruqyah al-Syar’iyyah dan juga perubatan moden.

Objektif

  1. Mengadakan satu diskusi tentang topik Perubatan Islam
  2. Memberi perkongsian ilmu kepada Ahli Murshid dan orang ramai
  3. Memberi pendedahan tentang ruqyah al-Syar’iyyah dan perubatan kontemporari

Tentatif Program

MASA

TENTATIF

8.30 am  Pendaftaran
9.00 am

 Pembentangan Panel Pertama : Mohd Izwanuddin Bin Abd Rahim

 Tajuk : Pidato – Ruqyah Syar’iyyah Satu Pengenalan

9.45 am  Minum Pagi
10.00 am

 Pembentangan Panel Kedua : Ustaz Ikmal Zaidi

 Tajuk : Kaedah Rawatan Berasaskan Ruqyah Syar’iyyah Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengannya

11.30 am

 Pembentangan Panel Ketiga : Ustaz Abdullah Bukhari

 Tajuk : Kedudukan Perubatan Moden Dalam Perubatan Islam

1.00 pm  Rehat, Makan dan Solat
2.00 pm

 Pembentangan Panel Keempat : Ustaz Fauwaz Fadzil

 Tajuk : Hukum Hakam Fiqh Perubatan Kontemporari

4.00 pm  Bersurai

Profil Pembentang

1. Mohd Izwanuddin Bin Abd Rahim ( Pidato : Ruqyah al-Syar’iyyah Satu Pengenalan )

Beliau memperoleh Sarjana Muda Theologi Islam ( Usuluddin ), Pengkhususan Tafsir Hadith dari Institut Agama Islam Sumatera Utara Medan, ( IAIN SU ), Indonesia. Beliau juga merupakan Biro Ulama Multaqa Asatizah Wal Duat ( Murshid ) dan aktif dalam bidang penulisan dan beberapa buah buku antologinya yang ditulis bersama para penulis lain telah diterbitkan.

2. Ustaz Ikmal Zaidi ( Tajuk : Kaedah Rawatan Berasaskan Ruqyah al-Syar’iyyah Dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengannya )

Beliau bertugas sebagai Pensyarah, Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Mendapat ijazah B.A Universiti Al-Azhar, M.A U.Malaya, PhD KUIS (dlm proses). Beliau merupakan Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa’ dan Ahli Panel Pakar i-Syifa’, BPTK, Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Ustaz Abdullah Bukhari ( Tajuk : Kedudukan Perubatan Moden Dalam Perubatan Islam )

Beliau merupakan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Naib Presiden 1 MURSHID. Beliau juga aktif menulis sebagai Kolumnis di akhbar dan majalah terkemuka: Refleksi Al Quran, Utusan Malaysia (setiap selasa) dan Majalah Al Ustaz. Beliau sering muncul di kaca televisyen sebagai Pengacara Bual Bicara U Turn, TV Al Hijrah dan Panel ‘Pentas Dakwah’ TV Al Hijrah. Buku tulisan beliau: Ayat-Ayat Syaitan, Apabila Tuhan Berbicara & Berjalan Melihat Mentafsir Ceritera Wartawan Al Quran.

4. Ustaz Fauwaz Fadzil ( Hukum-Hakam Fiqh Dalam Perubatan Kontemporari )

Beliau berkhidmat sebagai Konsultan Syariah di syarikat Telaga Biru Sdn Bhd dan kini menetap di Kajang, Selangor. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Usul Fiqh, Kaedah Fiqhiyyah serta Fiqh Perubatan. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar & memiliki Sijil Kemahiran Fatwa dari Darul Ifta’ Mesir.

Jangan tunggu lagi, segera daftar di link pendaftaran: tiny.cc/murshid