June, 2017

now browsing by month

 

Bengkel Asas Melukis Komik dan Khat Sempena Cuti Sekolah & Ramadhan

MURSHID telah mengadakan Bengkel Asas Melukis Komik dan Khat. Bengkel ini diadakan bertujuan memanfaatkan si cilik mengasah bakat. Selain itu, tujuan program ini diadakan untuk mengisi ruang sewaktu cuti sekolah dan Ramadhan yang serentak.

Bengkel Asas Melukis Komik dikendalikan oleh Saudara Nik Wafdi. Beliau dikenali melalui karya dalam Majalah Ujang, beliau juga menjadi pelukis untuk penerbitan Telaga Biru.

KOMIK (4)

KOMIK (3)

KOMIK (1)

Saudara Nik Wafdi (belakang, bertopi hitam) bersama peserta selepas bengkel.

Manakala Bengkel Asas Melukis Khat pula dipimpin oleh Saudara Faiz Shukor. Beliau merupakan pelukis khat yang dikenali. Beliau menguruskan perniagaan yang dikenali Faiz Kaligrafi.

KHAT (1)

KHAT (3)

Saudara Faiz Shukor (kiri), menghadiahkan khat kepada pihak penganjur

Saudara Faiz Shukor (kiri), menghadiahkan khat kepada pihak penganjur

31 peserta Bengkel Asas Melukis Komik dan 23 peserta Bengkel Asas Melukis Khat telah menyertai program ini. Terima kasih diucapkan di atas penyertaan peserta untuk bengkel ini.