September, 2017

now browsing by month

 

Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi

Pada 23 September 2017 lalu, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at telah bekerjasama dengan Masjid al Syakirin Batu 6 Jalan Gombak mengadakan Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi. Seramai 30 penerima dari kalangan asnaf kariah Masjid al Syakirin telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asasi.

Selain itu, mereka juga menerima baucer Elzar Mart bernilai RM200 setiap seorang. Terima kasih di atas kerjasama Masjid al Syakirin Batu 6 Jalan Gombak serta Elzar Mart.

Terima kasih juga diucapkan kepada para penderma yang telah sudi memberikan sumbangan pada kali ini. Moga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan daripada-Nya.

AGIHAN 2 AGIHAN 3

 

 

Kebakaran Sekolah Tahfiz: Beberapa Pengajaran

Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar daripada perbuatan khianat sebelum ini. Gambar sumber: Berita Harian.

Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar daripada perbuatan khianat sebelum ini. Gambar sumber: Berita Harian.

Menurut Polis KL, kebakaran ma’ahad tahfiz di Dato’ Keramat SAH hasil tindakan khianat 7 orang remaja berusia 12-17 tahun yang kebanyakannya POSITIF DADAH, akibat marah kerana ditegur (cuma statement Polis guna istilah ‘ejek mengejek’) oleh pelajar tahfiz berkenaan, mereka MEMBAKAR maahad terbabit tanpa dapat dipastikan sama ada hanya untuk membakar bangunan sahaja atau membunuh penghuninya sekaligus.

Innalillahi wa inna ilaihi rajioun..amat dukacita..pun begitu beberapa pengajaran yang wajib diambil:-

1. Besarnya tanggungjawab ibubapa untuk sedaya upaya mengetahui aktiviti anak-anak & membuat tindakan pantas, walau memang sukar. Khususnya jika ia melibatkan apa jua jenis DADAH dan arak. Kemabukan dan khayal dari keduanya itu memang boleh menambah besar potensi pengambilnya untuk hilang kewarasan dalam tindakan lalu bertindak di luar dugaan.

2. Sebagaimana ditegaskan oleh pihak bomba, besarnya keperluan semua sekolah BUKAN HANYA TAHFIZ tetapi semua jenis sekolah yang berhimpunannya ramai pelajar (khususnya yang ramai pelajar berusia 15 tahun ke bawah) untuk mempastikan CIRI KESELAMATAN seperti ‘fire exit’ yang mencukupi serta mendapat kelulusan berwajib seperti bomba etc. Ini juga sebenarnya temasuk rumah yang kita diami sendiri juga.
Justeru, pendaftaran rasmi serta permit dengan pihak berwajib adalah logik dan wajar. Sebaiknya ibubapa mempastikan dahulu ciri keselamatan minima ini wujud sebelum menghantar anak masing-masing ke sekolah terbabit.

3. Besarnya harapan agar orang awam PANTAS menghubungi bomba dan ambulan sejurus mendapati sebarang insiden kebakaran premis dan kediaman, dan juga besar harapan kami agar ambulan dan bomba dapat terus berusaha menambah cemerlang lagi TARGET untuk sampai ke lokasi kebakaran lebih cepat. Kalau boleh 10 minit ke bawah selepas dihubungi, sebagaimana di United Kingdom, seingat saya sasaran mereka adalah 8 minit.

4. Besarnya harapan kita juga agar gambar sadis tubuh mangsa yang terbakar TIDAK disebarluas di media sosial, demikian juga video yang kedengaran jeritan mangsa. Ia bukan hanya memedihkan keluarga mangsa malah orang ramai yang turut boleh menjadi trauma dan terganggu emosi secara psikologinya.

5. Perlunya rakyat yang prihatin untuk berhati-hati sebelum memberi DERMA kepada tahfiz terbabit kerana difahamkan wujudnya penipu yang cuba mengambil kesempatan atas simpati orang ramai.

Tahniah diucapkan kepada pihak polis atas tindakan dan siasatan awal yang pantas. Sama-samalah mendoakan rahmat Allah swt ke ats semua mangsa dan juga diberikan kekuatan jiwa kepada semua ahli keluarga mangsa terkorban, cedera dan yang terlibat.

Dr.Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
16 Sept 2017