October, 2017

now browsing by month

 

Doa Elak Musibah Musim Panas

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Timbalan Presiden MURSHID

 

Musim panas menjelma lagi. Kita harus beringat agar tidak ditimpa kesan musim panas seperti sengatan/patukan binatang berbisa. Ingat lagi kisah tahun lepas? Kanak2 di kelantan mati dipatuk ular yang menyorok di tempat teduh kerana cuaca panas melampau…

Mari kita amalkan doa Rasulullah SAW ini semoga ia menjadi sebab jagaan Allah pada kita:

Sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ .

Ertinya: Seorang hamba yang membaca doa ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang tidak akan ditimpa apa-apa mudarat: “Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudarat (bahaya dan kesusahan) bersama namaNya sesuatu apa pun baik di bumi atau (yang turun) dari langit, dan Dialah (Allah) Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” (Sunan al-Tirmidhi & Sunan Abu Dawud).

Dalam hadith lain disebut:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ ، قَالَ : ( أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ، لَمْ تَضُرَّكَ ) .

Ertinya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW dengan katanya: “Wahai Rasulullah, alangkah sakitnya ketika aku disengat kala jengking semalam.” Baginda menjawab: ” Jika kamu membaca pada waktu petang (doa ini): Aku berlindung dengan Kalimah Allah yang Maha Sempurna dari segala kejahatan makhluk, sudah pasti ia (sengatan jengking itu) tidak akan memudaratkan kamu (Sahih Muslim).

Yakinlah hanya Allah yang mampu menjaga kita! Hayatilah intisari Tawhid dalam ayat ini:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Yunus[10:107]).

Semoga bermanafaat.

musim panas berlebihan

Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi Oktober 2017

Pada 15 Oktober 2017 lalu, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at telah bekerjasama dengan Masjid al Muhtadin, Damansara Damai dan Bin Waharp’s Grocer mengadakan Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi.

Seramai 45 penerima dari kalangan asnaf kariah Masjid al Muhtadin telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asasi.

Barangan keperluan yang diagihkan antaranya beras, gula, garam, tepung gandum serta lain-lain yang bernilai RM50 setiap seorang. MURSHID diwakili Eksekutif, Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi.

Terima kasih juga diucapkan kepada para penderma yang telah sudi memberikan sumbangan pada kali ini. Moga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan daripada-Nya.

bwg_murshid (1)

bwg_murshid (7)
bwg_murshid (6)

bwg_murshid (4)