November, 2017

now browsing by month

 

Kuliah Talaqqi & Syarah Kitab Rahib al Maktoum

MURSHID mengadakan Talaqqi & Syarah Kitab Rahiq al-Maktoum (Kitab Sirah Nabawiyyah) yang akan disampaikan oleh Ustaz Syihabudin Ahmad.

Berikut merupakan butiran program.
Tarikh: 10 November 2017
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 malam
Tempat: Surau al Mukmin, Mutiara Gombak, KM11 Jalan Gombak.

Pihak MURSHID amat menghargai sebarang sebaran dibuat demi manfaat sama dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

TALAQQI USA NOV

 

Utamakan Membantu Mangsa Banjir

Gambar sumber daripada Free Malaysia Today.

Gambar sumber daripada Free Malaysia Today.

Innalillahi wainna ilaihirajioun. Takziah diucapkan kepada semua mangsa banjir dan tanah runtuh di semua kawasan terlibat seluruh negara khususnya yang menerima kesan banjir terbesar kali ini seperti di Pulau Pinang.

Apapun puncanya, buat masa yang sukar ini, sebaiknya semua pihak

menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir dari sudut fizikal dan mental. Sebarang ‘serangan’ dengan pelbagai takwilan bagi menjustifikasikan musibah tersebut, wajarlah ditahan buat masa ini bagi menggandakan usaha membantu mangsa.

Syabas kepada semua agensi dan organisasi yang tangkas membantu mangsa banjir sama ada dengan huluran wang, barang makanan dan kegunaan asasi kepada mangsa banjir tanpa mengira agama, bahasa, bangsa mahu pun ideologi politik. Amatlah wajar perbezaan ini diketepikan sementara. Malah, ia menepati konsep Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa, akal dan harta benda.

Semoga urusan menghadapi musibah ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID