December, 2017

now browsing by month

 

Seminar Tadabbur al Quran: Surah 4 Qul

Pada 24 Disember 2017 yang lalu, MURSHID dengan kerjasama Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur telah mengadakan Seminar Tadabbur al-Quran: Surah 4 Qul. Seminar ini telah dihadiri seramai 160 orang peserta dari serata pelusuk tanah air.

Ustaz Syaari Ab Rahman telah menyampaikan slot Pengajaran & Intipati Surah al-Kafirun. Beliau juga menyampaikan slot Intipati Daripada Surah al-Ikhlas. Timbalan Presiden MURSHID, Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim pula menyampaikan perkongsian bertajuk Di Sebalik Penurunan Surah al-Falaq & Surah an-Nas.

Program ini merupakan program yang terakhir pada tahun 2017. Di kesempatan ini, pihak MURSHID merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak kerana sudi menjayakan program-program anjuran MURSHID sepanjang tahun 2017.

Semoga Allah SWT memberikan kemudahan untuk MURSHID menjalankan program pada tahun 2018 serta tahun-tahun yang mendatang.

WhatsApp Image 2017-12-24 at 09.40.35

WhatsApp Image 2017-12-24 at 13.55.20

WhatsApp Image 2017-12-24 at 14.01.48

Kuliah Fiqh Kewangan Disember 2017

MURSHID dengan kerjasama Surau al-Mukmin, Mutiara Gombak, Gombak akan mengadakan Talaqqi Fiqh Muamalat: Kitab al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie karya Prof. Dr. Muhammad Az Zuhayli.

Talaqqi ini akan disampaikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Program ini diadakan pada esok (Sabtu, 23/12/2017) pada selepas solat Maghrib di Surau-al Mukmin, Mutiara Gombak KM11 Jalan Gombak.

FIQH KEWANGAN JAN