January, 2018

now browsing by month

 

Agihan Keperluan Asasi – Januari 2018

Seperti pada tahun lalu, MURSHID dengan kerjasama Masjid Sungai Chinchin, Gombak dan Elzar Mart telah mengadakan Agihan Keperluan Asasi Fakir Miskin. Seramai 25 penerima telah pun menerima bantuan berupa keperluan asasi serta baucer tunai bernilai RM100.

InsyaAllah, dari masa ke semasa program ini akan diteruskan dengan menyasarkan asnaf di daerah ini. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang konsisten memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Agihan (1)

Agihan (2)

Agihan (3)

 

Seminar Fardu Ain Wanita

MURSHID bakal menganjurkan Seminar Fardu Ain Wanita pada Mac 2018. Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai isu thoharah (bersuci) dan solat untuk wanita. Penyertaan seminar ini khas untuk wanita sahaja.

Berikut merupakan butiran seminar:
Tarikh: 3 Mac 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am – 1.00 pm
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
Had umur peserta: 12 tahun dan ke atas sahaja

============
PENCERAMAH
============
Ustazah Maznah Daud
1) Mengenali Bendalir daripada Badan dan Jenis-Jenis Air
2) Tatacara Bersuci dengan Sempurna

Ustaz Noorshahira Ghazalli
Perbezaan Solat Wanita dengan Lelaki

YURAN KOMITMEN: RM10 seorang.
Tempat terhad 40 orang terawal sahaja.

Pautan pendaftaran
http://tiny.cc/seminarfarduainwanita

SEMINAR WANITA POTRAIT

Seminar Penulisan Kreatif Patuh Syariah 2018

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi apabila Seminar Penulisan Kreatif Patuh Syariah 2018 dapat dilaksanakan. Kira-kira 20 orang peserta telah menghadiri seminar ini.

Antara asatizah yang menyampaikan pembentangan ialah Ustaz Aizam Mas’od, Ustaz Syihabudin Ahmad, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman dan Ustaz Mustafar Mohd Suki.

Semoga peserta dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan bagi memantapkan penulisan kreatif yang menurut pandangan syariah.

1 (1)

1 (2)

1 (3)

1 (4)

1 (5)

 

Seminar Makhraj & Tajwid al-Quran 2018

MURSHID bakal menganjurkan Seminar Makhraj & Tajwid al-Quran pada Februari 2018. Seminar ini bertujuan untuk membimbing peserta agar membaca al Quran mengikut makhraj huruf dan tajwid yang betul.

Berikut merupakan butiran seminar
Tarikh: 24 Februari 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am – 5.00 pm
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
Had umur peserta: 18 tahun dan ke atas sahaja

============
PENCERAMAH
============

Ustaz Dr. Surul Shahbudin Hassan
(CELPAD, UIAM Gombak)
1) Hukum-hukum Nun, Mim, Mad Asli & Mad Farie
2) Cara Sebutan Huruf dan Ciri-Ciri Huruf al-Quran

Ustaz Nik Muhammad Nik Man
(CELPAD, UIAM Gombak)
1) Idgham, Hamzah Wasal, Waqaf, Ibtida’

YURAN PENYERTAAN: RM10 seorang.
Tempat terhad 40 orang terawal sahaja.

Kitab Perbahasan Ilmu Tajwid juga dijual semasa Seminar.
Harga promosi RM30 sahaja seunit
(Harga asal RM40 seunit).

Pautan pendaftaran
http://tiny.cc/seminartajwid2018

POSTER FINAL