February, 2018

now browsing by month

 

Agihan Keperluan Asasi Fakir Miskin Sesi Februari 2018

Semalam (24 Februari 2018), MURSHID dengan kerjasama Masjid as-Sharif Gombak telah mengadakan kolaborasi untuk sesi agihan keperluan asasi. Kali ini seramai 16 penerima telah menerima bantuan berupa eperluan asasi dan baucer tunai RM100.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang konsisten memberikan sumbangan bagi menjayakan aktiviti ini. Jika diizinkan oleh Allah SWT, program ini akan diteruskan dengan menyasarkan asnaf sekitar daerah ini.

agihan 1 (2)

agihan 1 (1)

Seminar Makhraj & Tajwid al-Quran 2018

Sekitar perjalanan Seminar Makhraj & Tajwid yang dianjurkan oleh Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) di Dewan MURSHID pada hari ini. Seramai 23 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan selama sehari.

Semoga para peserta dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh dalam program ini.

Sem Makhraj Tajwid (1)

Sem Makhraj Tajwid (2)

Sem Makhraj Tajwid (3)

Sem Makhraj Tajwid (4)

 

Lawatan Muhibah ke Hospital Kuala Kubu Bharu

Semalam (8 Februari 2018), MURSHID dengan kerjasama Sahabat Hospital Selangor Cawangan Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
 
MURSHID telah diwakili Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abd Kadir dan Sdr. Ahmad Loqman Izzat Mat Pozi. Lawatan ini turut disertai oleh JKKK Mukim Kuala Kubu Bharu / Rasa.
 
Lawatan ini bertujuan menyantuni pesakit di Hospital Kuala Kubu Bharu. Pihak MURSHID juga memberikan sedikit sumbangan kepada para pesakit di hospital tersebut.
 
Semoga pada masa hadapan, pihak MURSHID diberi kemudahan untuk mengadakan lawatan sebegini pada masa hadapan.
Lawatan Muhibah_KKB (1)
Lawatan Muhibah_KKB (2)
Lawatan Muhibah_KKB (3)
Lawatan Muhibah_KKB (5)
Lawatan Muhibah_KKB (4)