March, 2018
now browsing by month
Seminar Fiqh Teknologi Blockchain, Cryptocurrency, Bitcoin & Shariah
MURSHID dengan kerjasama K-FIQH dan Elzar Shariah Solutions & Advisory akan mengadakan Seminar Fiqh Teknologi Blockchain, Cryptocurrency, Bitcoin & Shariah.
Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 28 April 2018
Masa : 8.00 AM – 4.30 PM
Tempat: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, KL
OBJEKTIF
- Peserta akan mendapat kefahaman tentang ciri semasa berkaitan dengan matawang kripto dan token-token kripto, blockchain, platform pertukaran, tangle chain serta kriptografik dari panel yang tidak asing dari industry kripto.
- Peserta akan didedahkan pula mengenai holochain, hashgraph serta aplikasi-aplikasinya, penggunaan, manfaat, peluang pelaburan, potensi pengumpulan dana, pemekaan risiko dan juga segala ‘scam’ yang berkaitan dengan kripto.
- Para peserta juga akan mendapat manfaat dari perbincangan para tokoh shariah berkaitan dengan matawang kripto serta isu-isu yang berkaitan.
METODOLOGI
Pembentangan interaktif, sesi soal jawab serta sampel contoh pembentangan.
SIAPA PATUT HADIR?
- Penggubal polisi dan regulator.
- Para majikan bank-bank pelaburan,
- Syarikat pembrokeran saham dan derivatif.
- Pegawai-pegawai pengurusan risiko.
- Syarikat Pengurusan Dana ( Pengurus Dana, Pematuhan, Juruaudit).
- Pedagang.Penganalisa.
- Syarikat-syarikat Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Telko.
- Pelabur (Runcit dan Sofistikated ).
- Ahli-ahli Akademik.
- Pelajar-pelajar IPT.
- Syarikat-syarikat insurans,
- Tokoh-tokoh Shariah.
- Peguam.
TENTATIF
MASA |
AKTIVITI |
08.00am – 08.45am | Pendaftaran |
08.45am – 10.45am |
SLOT 1: BLOCKCHAIN, CRYPTOCURRENCY & BITCOIN – SUATU PENDEDAHAN PRAKTIKAL OLEH: YBHG. ASST. PROF. DR. RIZAL MOHD NOR Kulliyyah of Information & Communication Technology, IIUM |
10.45am – 11.00am |
Rehat |
11.00am – 01.00pm |
SLOT 2: EKOSISTEM CRYPTOCURRENCY – PLATFORM JUAL/BELI, ICO, SMART CONTRACT, PELABURAN SCAM, PERKEMBANGAN TEKNOLOGY BLOCKCHAIN OLEH: Jemputan Khas |
01.00pm – 02.00pm | Rehat & Makan Tengahari |
02.00pm – 04.00pm | SLOT 3: CRYPTOCURRENCY, BITCOIN, BLOCKCHAIN DAN ICO : PERBINCANGAN FIQH OLEH: USTAZ DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN Managing Director, Elzar Shariah Solution Sdn Bhd |
YURAN PENDAFTARAN
EARLY BIRD RM190/ seorang peserta Tempoh sah pada/sebelum 15 April 2018 KUMPULAN |
AWAM RM250/ seorang peserta Selepas tarikh 15 April 2018PELAJAR RM130/ seorang peserta Pelajar diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan ke bawah Nota: Yuran pelajar tidak tertakluk kepada Early Bird. Perhatian: Sila kemukakan salinan kad pelajar bersama sewaktu memuatnaik ‘attachment’ bukti pembayaran pada e-mel pendaftaran. |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:
Telefon: 603-6177 4612
Faksimili: 603-6177 4613
DAFTAR: http://tiny.cc/
Seminar Fiqh Pemantapan Solat
PENGENALAN
Sebuah program usahasama diantara K FIQH SDN BHD bersama Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID). Ini merupakan edisi ke-4 program ini dilaksanakan dan Alhamdulillah, program ini banyak membantu peserta-peserta dalam merungkai persoalan dari kalangan peserta yang hadir.
Ibadah wajib kepada umat Islam adalah Solat dan tuntutan wajib ini semestinya dilaksanakan sebaik-baiknya. “Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat” [HR Bukhari]. Di atas tanggungjawab ini Seminar FIQH Pemantapan Solat diteruskan lagi bagi membantu dan membimbing untuk melaksanakan solat yang betul bagi memastikan ibadah solat kita diterima Allah S.W.T. InsyaAllah.
OBJEKTIF
Diakhir sesi program peserta-peserta dijangkan akan lebih memahami tatacara solat yang betul, mengenal pasti kesalahan dalam solat, tertib dan sebagainya. Dengan pembentangan dan perkongsian yang disampaikan oleh penceramah-penceramah, peserta akan lebih memahami dan faham untuk menunaikan ibadah solat walau pun dalam keadaan bermusafir atau membantu insan yang sakit untuk mendirikan solat. InsyaAllah.
PENCERAMAH
YBhg. Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Presiden MURSHID / CEO/Founder Elzar Shariah Solutions & Advisor
YBhg. Ustaz Fauwaz Fadzil Noor
Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd/Mantan Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN
YBhg. Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan
Usahawan/ Imam/ Juara Program Imam Muda/ Personaliti TV/ Moderator
YBhg. PU Azman Shah Alias
Pakar Motivasi Remaja/ Juara Pencetus Ummah/ Personaliti TV
JADUAL PROGRAM
Program: Seminar FIQH Pemantapan Solat
Tarikh/ Hari: 28 April 2018 [Sabtu]
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, KL
Klik Jaringan ke lokasi: http://tiny.cc/AkademiPengajianIslamUM
TENTATIF PROGRAM
MASA | AKTIVITI |
08.00am – 09.00am | Pendaftaran peserta |
09.00am – 11.00am | Slot 1: FALSAFAH SOLAT & TATACARA WUDUK Pembentang: YBhg. Ustaz Fauwaz Fadzil Noor |
11.00am – 01.00pm | SLOT 2: FALSAFAH SOLAT [JAMAK/ SAKIT/ BERJEMAAH] YBhg. Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan |
01.00pm – 02.00pm | Rehat / Makan tengahari / Solat |
02.00pm – 04.00pm | SLOT 3: PANDUAN SOLAT SEMPURNA [NIAT HINGGA RUKU’] YBhg. PU Azman Shah Alias |
04.00pm – 06.00pm | SLOT 4: PANDUAN SOLAT SEMPURNA [RUKU’ HINGGA SALAM] YBhg. Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman |
06.00pm | Program Tamat |
YURAN PROGRAM
Yuran [Normal]
Awam : RM130/seorang
Pelajar : RM100/seorang
Yuran [Early Bird]
Awam : RM110/seorang
Pelajar : RM90/seorang
Yuran Early Bird sah tempoh hingga 22 April 2018
Yuran Kumpulan
Awam : RM100/seorang [minima 4 orang peserta]
Pelajar : RM70/seorang [minima 4 orang peserta]
PENDAFTARAN
Sila klik jaringan di bawah untuk terus mendaftar.
DAFTAR di http://tiny.cc/DaftarSeminarSOLAT
KETERANGAN LANJUT
Untuk permudah cara dan keterangan maklumat program, sila hubungi:
Telefon: 603-6177 4612
Faksimili: 603-6177 4613
Emel: admin@k-fiqh.com
Whatsapp: http://www.wasap.my/601120727670
Seminar Fardu Ain Wanita – Mac 2018
Pada 3 Mac 2018 lalu, MURSHID telah mengadakan Seminar Fardu Ain Wanita. Seminar ini bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai isu dan permasalahan berkaitan fardu ain.
Ustazah Maznah Daud dan Ustazah Noorshahira Ghazalli telah memberikan perkongsian dalam seminar ini. Insya-Allahh, seminar ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.