May, 2018

now browsing by month

 

Ustazah Maznah Daud; Isu Wanita Bersuci & Perkaitan Puasa di Bulan Ramadhan

Dengarkan penerangan daripada Ustazah Maznah Daud mengenai isu wanita bersuci dan perkaitan puasa semasa bulan Ramadhan di saluran Youtube rasmi MURSHID (#MURSHIDTV).
.
Semoga penerangan ini memberikan kefahaman kepada kita semua mengenai perkara berkaitan puasa di bulan Ramadhan.

Tahniah YB Dr Maszlee Malek

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) mengucapkan tahniah kepada YB Dr. Maszlee Malek atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu.

MURSHID berharap karisma dan pengalaman beliau dapat membantu dalam pemerkasaan sektor pendidikan di negara ini.

dr mm

 

Ustaz Syihabudin Ahmad; Adakah Batal Puasa Kita Jika?

Dengarkan penerangan daripada Ustaz Syihabudin Ahmad mengenai perkara yang batal atau tidak membatalkan puasa sewaktu Ramadhan di saluran Youtube rasmi MURSHID (#MURSHIDTV).
.
Semoga penerangan ini memberikan kefahaman kepada kita semua mengenai perkara berkaitan puasa di bulan Ramadhan.

Pentadbiran Islam Kerajaan Baru

Ayat-ayat YAB Perdana Menteri Malaysia, ini sangat perlu DIAMBIL BERAT, disambut serta dilaksanakan oleh pimpinan kerajaan yang baru. Turut menjadi berita baik buat umat Islam di Malaysia.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu akan membawa perubahan kepada pentadbiran agama Islam di Malaysia. Kata beliau, tekanan akan diberi oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.”

Ye, ajaran Islam dari sumber aslinya al-Quran & hadis-hadis yang sahih, tapisan serius ke atas sebaran hadis palsu. Juga sebaran interpretasi yang sahih dengan kaedah yang sahih juga, sambil menghormati kepelbagaian tafsiran selagimana di atas kaedah yang diterima dan betul.

Dasar itu, perlu merentasi semua kementerian dan Jabatan serta agensi agama sedia ada. Yang telah sedia seperti JAKIM, JKSM, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dan banyak lagi TERUS diperkasakan dan diisikan dengan lebih kualiti, mengurangkan lagi campur tangan politik .

Insha allah, tinggilah harapan kami agar ia menjadi kenyataan. Membawa agenda Islam sebagai rahmat kepada semua.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

che det

Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abd Kadir; Falsafah, Syarat Sah & Rukhsah Puasa Sewaktu Ramadhan

Dengarkan penerangan daripada Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abd Kadir mengenai falsafah, syarat sah dan rukhsah puasa sewaktu Ramadhan di saluran Youtube rasmi MURSHID (#MURSHIDTV).
.
Semoga penerangan ini memberikan kefahaman kepada kita semua mengenai perkara berkaitan puasa di bulan Ramadhan.