August, 2018

now browsing by month

 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-61

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-61.

Semoga kita menghayati erti kemerdekaan sebenar dan mengisinya dengan penuh rasa cinta serta tanggungjawab kepada negara.

Sayangi Malaysiaku

final

Penutupan Penyertaan Seminar Tadabbur Al-Quran 2.0 Diawalkan

Borang pendaftaran penyertaan Seminar Tadabbur Al-Quran 2.0 ditutup pada 7 September 2018 (Jumaat) jam 5.30 petang.
.
Pautan borang pendaftaran:
http://tiny.cc/SeminarTadabbur2
.
SEMINAR TADABBUR AL-QURAN 2.0
Tarikh: 22 September 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
Tempat: Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
Masuk percuma & makanan disediakan.

tarikh tutup 3

Seminar Tadabbur al-Quran 2.0

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) akan mengadakan Seminar Tadabbur al-Quran 2.0. Seminar ini merupakan anjuran bersama MURSHID dengan Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Topik bakal dibentangkan:
1) Tafsir & Tadabbur Surah al-Fatihah
Ustaz Dr. Azrul Azlan (UIAM Pagoh)
2) Tafsir & Tadabbur Surah al-Baqarah 1-5
Ustaz Syahmi Syazeril (Tadabbur Centre)
3) Di Sebalik Penurunan Ayat Kursi
Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim al-Hafiz (UIAM Gombak)

Tarikh: 22 September 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
Tempat: Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Masuk percuma & makanan disediakan.
Pendaftaran; http://tiny.cc/SeminarTadabbur2

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 7 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.final

Makluman Pertukaran Tempat Seminar Fiqh Solat Sempurna

Dukacita dimaklumkan bahawa Seminar Fiqh Solat Sempurna yang dirancang untuk diadakan di Masjid Ibnu Sina, Kuala Lumpur terpaksa dipindahkan kepada Dewan MURSHID, Mutiara Gombak, Gombak (Landmark: SMK Sungai Pusu).
Namun begitu, tarikh, hari dan masa kekal seperti dimaklumkan sebagaimana sebelum ini.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
INSTAGRAM BARU SAN PURPLET - PERUBAHAN TEMPAT

Amalan Utama Bulan Zulhijjah

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

uzar kenyatana