January, 2019

now browsing by month

 

Seminar Fiqh Solat Sempurna – Mac 2019

MURSHID dengan kerjasama K-Fiqh dan Elzar Shariah Solutions & Advisory bakal mengadakan SEMINAR FIQH SOLAT SEMPURNA. Seminar ini diadakan pada 2 Mac 2019 (Sabtu) di Dewan Seminar, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Berikut merupakan butiran seminar:
=============================
PENCERAMAH & TAJUK CERAMAH
=============================
1. Falsafah Solat serta Tatacara Wuduk dan Bersuci
Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
2. Tatacara Solat Sempurna
Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Imam Muda Abdul Jabbar
3. Panduan Solat Sewaktu Sakit & Sewaktu Musafir
Ustaz Mustafar Mohd Suki
========================
INFORMASI & PENDAFTARAN
========================
1. Tarikh: 3 Mac 2019 (Sabtu)
2. Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
3. Tempat: Dewan Seminar, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
4. Minum Pagi dan Makan Tengah Hari: Disediakan
===================
YURAN PENDAFTARAN
===================
RM50 seorang
*Pendaftaran akan ditutup pada 24 Februari 2019

PENDAFTARAN >>>http://tiny.cc/seminarsolatmac2019
Hotline >>> 03 6177 4612 / 011-2080 1636

Pihak penganjur sudi menaja tempat percuma bagi individu yang berminat untuk menghadiri seminar ini tetapi tidak berkemampuan. Sila hubungi talian di atas untuk butiran lebih lanjut.

poster 2 MAIWP

Projek Sumbangan Buku Islamik

Membaca merupakan salah satu cara mendapatkan pengetahuan dalam pelbagai perkara. Adakah generasi muda hari ini mudah mendapatkan bahan bacaan Islamik yang terbaik dan berkualiti? Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan Projek Sumbangan Buku Islamik sebagai sokongan kepada kempen Malaysia Membaca.

Projek ini diadakan bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah-sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah-sekolah terpilih dimaksudkan ialah sekolah yang terletak di luar bandar atau pedalaman. Sekolah baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan buku ini.

Sebagai cadangan, sebuah sekolah menengah akan menerima sumbangan buku bernilai RM1000 secara keseluruhan. Manakala, sebuah sekolah rendah akan menerima sumbangan buku bernilai RM500. Buku-buku ini akan diletakkan di pusat sumber sekolah tersebut.

Sehubungan dengan itu, MURSHID memerlukan derma bagi menjayakan projek ini. Sebarang derma boleh didepositkan kepada akaun Maybank Islamic (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at @ MURSHID -564799117561). Para penyumbang diingatkan agar menuliskan informasi ‘buku’ sebagai rujukan sekiranya membuat bayaran secara dalam talian.

Para penyumbang juga boleh memberikan bukti sumbangan berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada e-mel: admin@murshid.my untuk resit pengecualian cukai.

Pihak penganjur amat berbesar hati sekiranya ada hebahan dibuat untuk melancarkan perjalanan program ini. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian: 03-6177 4612 atau 011-2080 1636 (pada waktu pejabat).

DESIGN POSTER

Seminar Bedah Surah Al-Baqarah

Surah al-Baqarah merupakan surah paling panjang di dalam al-Quran iaitu 286 ayat. Adakah ada daripada kalangan kita sudah mengetahui serta memahami di sebalik penurunan surah tersebut? Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan SEMINAR BEDAH SURAH AL-BAQARAH. Seminar ini bertujuan memberikan penerangan serta kefahaman berkaitan Surah al-Baqarah ini kepada masyarakat Islam.

Pembentang;
a) Sinopsis Ringkas Surah al-Baqarah
Ustaz Dr. Shauqi Othman
b) Di Sebalik Ayat 1-5 Surah al Baqarah
Ustaz Dr. Shauqi Othman
c) Intipati Ayat Kursi
Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim al Hafiz

Butiran Program;
Tarikh: 9 Februari 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am – 4.00 pm (Makanan tengah hari disediakan)
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
(Hadapan SMK Sungai Pusu, Gombak)
Yuran Penyertaan: RM20 seorang

Pautan borang penyertaan: http://tiny.cc/seminarsurahalbaqarah
Tempat terhad, hanya untuk 60 terawal sahaja.

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

poster baru with UAB

Berhati-Hati Dalam Memberikan Pandangan

Susulan daripada perletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V semalam, pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) berpandangan rakyat Malaysia seharusnya bertimbang rasa
dalam membuat sebarang kenyataan walaupun dalam unsur jenaka atau gurauan. Kenyataan ini termasuk dalam pelbagai bahasa daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama mahu pun pegangan politik.

Yang Di-Pertuan Agong merupakan ketua negara yang harus dihormati semua pihak di negara ini. Sekiranya terdapat perbezaan yang wujud, seharusnya ditangani secara berhemah dan bijaksana.

Dikeluarkan di pejabat Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
7 Januari 2019