March, 2019

now browsing by month

 

Seminar Fiqh Ramadhan & Kesihatan

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan Seminar Fiqh Ramadhan & Kesihatan. Seminar ini bertujuan memberikan penerangan mengenai hukum hakam berkaitan bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Seminar ini juga memberikan pencerahan tatacara penjagaan kesihatan semasa bulan mulia tersebut.
=============================
PENCERAMAH & TAJUK CERAMAH
=============================
1. Falsafah Puasa di Bulan Ramadhan (Syarat Sah, Batal & Rukhsah)
Ustaz Mustafar Mohd Suki
2. Amalan Sunat Semasa Bulan Ramadhan
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
3. Penjagaan Kesihatan Semasa Bulan Ramadhan
Akan dimaklumkan
========================
INFORMASI & PENDAFTARAN
========================
1. Tarikh: 28 April 2019 (Ahad)
2. Masa: 8.00 am – 4.00 pm
3. Tempat: Dewan MURSHID, Gombak
(Berhadapan SMK Sungai Pusu)
4. Minum Pagi dan Makan Tengah Hari: Disediakan
5. Tempat terhad: 60 orang terawal
===================
YURAN PENDAFTARAN
===================
RM30 seorang
*Pendaftaran akan ditutup pada 21 April 2019
PENDAFTARAN >>>http://tiny.cc/seminarfiqhramadhan
Hotline >>> 03 6177 4612 / 011-2080 1636
Pihak penganjur sudi menaja 5 tempat percuma bagi individu yang berminat untuk menghadiri seminar ini tetapi tidak berkemampuan. Sila hubungi talian di atas untuk butiran lebih lanjut

POSTER BARU

Ustaz Mustafar Mohd Suki: Hadith Palsu Popular

Dengarkan siri tazkirah ringkas di saluran Youtube #MURSHIDTV mengenai Hadith Palsu Popular. Tazkirah ringkas ini disampaikan oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki.

PENGUMUMAN
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya derma dibuat untuk menjalankan program pada masa akan datang. Sebarang derma layak menerima resit pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebarang derma dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID)

Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 pada waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 8.30 am – 4.30 pm.

Semoga sumbangan anda akan diberikan ganjaran dan kemudahan oleh Allah SWT.

Sekitar Seminar Fiqh Solat Sempurna – Mac 2019

Kira-kira 80 orang peserta telah pun menghadiri Seminar Fiqh Solat Sempurna yang diadakan pada Sabtu, 2 Mac 2019 lalu. 4 pembentang telah membentangkan slot dalam seminar ini.

Keempat-empat pembentang tersebut ialah Ustaz Mustafar Mohd Suki, Ustaz Syihabudin Ahmad, Ustaz Imam Muda Abdul Jabbar dan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Sesi soal jawab antara penceramah dan peserta turut diadakan. Semoga seminar ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

UMUS (10)

USYIHA (4)

UZAR (4)