October, 2019

now browsing by month

 

Agihan Sumbangan Keperluan Asasi Asnaf – Oktober 2019

Alhamdulillah, seramai 41 orang penerima telah menerima Sumbangan Keperluan Asasi Kepada Asnaf pada sesi Oktober. Sesi sumbangan ini telah diadakan pada Sabtu, 26 Oktober 2019 yang lalu.

Program ini bertujuan untuk menyantuni asnaf yang tinggal berdekatan selain menyumbangkan barangan keperluan asasi kepada mereka. Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, gula, garam, tepung gandum dan minyak masak. Baucer bernilai RM100 turut disumbangkan kepada penerima.

Terima kasih kepada pengurusan Masjid Gombak Utara, Gombak dan Elzar Mart, Gombak yang telah membantu bagi melaksanakan program ini.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun MURSHID (Maybank Islamic Berhad) – 564799117561

Sekiranya ingin mendapatkan resit untuk pemotongan cukai, bolehlah melampirkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel kepada admin@murshid.my. Butiran juga boleh dihantarkan kepada WhatsApp: 011-2080 1636.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya ada hebahan dan perkongsian dibuat. Pihak kami ingin mendahulukan ucapan terima kasih di atas semua bantuan yang diberikan.

AASNAF OKT19 (2)

AASNAF OKT19 (3)

AASNAF OKT19 (1)