November, 2019

now browsing by month

 

Seminar Pengukuhan Keluarga Islam: Cabaran Masa Kini Siri 1

MURSHID telah bersama 7 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Keluarga Islam: Cabaran Masa Kini Siri 1. Seminar ini telah diadakan di Masjid ar-Ridhuan, Jeram, Selangor pada Sabtu, 23 Nov 2019 yang lalu.

Dalam seminar ini, dua topik telah dibentangkan. Topik pertama ialah LGBT Dalam Masyarakat Islam yang disampaikan oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh. Manakala topik kedua ialah Kecelaruan Gaya Hidup yang dibentangkan oleh Saudara Nor Firdaus bin Norzaini.

Seramai 210 peserta hadir daripada kalangan ahli karian masjid, penduduk kampung sekitar dan pelajar IPT. Sesi perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hai. Kamaruddin bin Abdul Rahman, kariah Masjid ar-Ridhuan yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), SS Tuan Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad.

Seminar Jeram (2)

Seminar Jeram (3)

Seminar Jeram (4)

Seminar Jeram (1)

MURSHID GESA TINDAKAN TEGAS PENGHINA BENDERA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Akhir-akhir ini, timbul budaya tidak sihat di Malaysia iaitu perbuatan menghina bendera kebangsaan negara, Jalur Gemilang. Rutin yang biasa berlaku, setelah kebiadaban tersebut ditegur, pihak yang menghina ini tampil meminta maaf dan selepas itu isu ini akan senyap tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Bendera adalah lambang identiti dan kedaulatan sebuah negara. Setiap inci simbol yang terpapar pada sesebuah bendera melambangkan semangat negara tersebut. Perbuatan mengubah suai, menterbalikkan bendera dan sebagainya adalah suatu jenayah patriotisme yang berat dan sewajarnya dihukum keras. Sehubungan itu, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penghina bendera kebangsaan Malaysia.

Malah, dalam sejarah Islam bendera (atau dikenali juga sebagai panji) adalah elemen penting. Ia telah tercatat semasa Perang Mu’tah di mana Saidina Ja’afar bin Abi Talib RA sanggup kehilangan 2 tangannya mempertahankan panji atau bendera tentera Islam dalam perang Mu’tah. Jika ia sekadar kain kosong, masakan Allah gantikan kedua tangan Ja’afar dengan 2 sayap sehingga beliau bebas berterbangan dalam syurga bersama para malaikat!

Itu antara kelebihan yang dimiliki seorang sahabat nabi bernama Ja’afar bin Abi Talib RA. Beliau adalah sepupu nabi SAW dan antara orang terawal memeluk Islam. Dalam perang Mu’tah melawan tentera Rom, beliau kehilangan dua tangan kerana mempertahankan panji tentera Islam. Lalu Allah ganti kedua tangannya itu dengan 2 sayap. Ia diceritakan Rasulullah SAW dalam sabda baginda:

يا أيها الناس، إن جعفرا مع جبريل وميكائيل له جناحان عوضه الله من يديه سلم علي……..فلذلك سمي الطيار في الجنة

Ertinya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Ja’afar (sekarang) bersama malaikat Jibril dan Mika’il. Dia punyai 2 sayap sebagai ganti 2 tangannya (yang hilang dalam perang Mu’tah). Dia baru sahaja memberi salam kepadaku (dari alam barzakh).” Oleh kerana itu beliau dinamakan sebagai al-Tayyar (insan yang terbang) dalam syurga kelak (Mustadrak al-Hakim).

Tindakan tegas boleh diambil sama dengan menggubal atau meminda undang-undang sedia ada agar tiada lagi penghinaan ini berulang dan disengajakan. Semoga perkara ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)

MURSHID

Seminar Pengukuhan Keluarga Islam: Cabaran Masa Kini (Siri 1)

Dewasa ini, cabaran kekeluargaan dalam masyarakat Islam semakin hebat. Pelbagai cabaran dalam dunia kekeluargaan ditempuhi seperti pornografi, LGBT dan ketagihan gajet. Tetapi, adakah ada ruang untuk mendapatkan kefahaman yang tepat dan betul bagi menangani isu seperti ini?
 
Oleh itu, buat pertama kalinya PERTUBUHAN MULTAQA ASATIZAH & DU’AT (MURSHID), Ahli Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam (KS9), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menganjurkan program SEMINAR PENGUKUHAN KELUARGA ISLAM: CABARAN MASA KINI (SIRI 1)
 
🗓 Tarikh : 23 November 2019
🗓 Hari: Sabtu
🕰 Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
🕌 Tempat : Dewan Solat Masjid Jamiur-Ridhuan Jeram, Kuala Selangor, Selangor. (Google maps : https://goo.gl/maps/aJujyjb54MvgsGgp9)
 
Topik & Penceramah:
👉🏼 LGBT Dalam Masyarakat Islam
Tuan Haji Hushim Bin Haji Salleh (Hushim Motivational & Counselling Consultant)
👉🏼 Ancaman Gajet & Kecelaruan Gaya Hidup
Tuan Nor Firdaus (NF Cahaya Resources)
 
Penyertaan terhad kepada 1⃣5⃣0⃣ orang terawal sahaja! Usah lepaskan peluang menghadiri program ini kerana penyertaan adalah PERCUMA. Makanan, minuman dan nota turut disediakan.
 
Daftar segera di : http://tiny.cc/seminarkeluarga1
Pendaftaran akan ditutup pada 17 November 2019 (Ahad)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di, https://wa.me/601120801636
 
Ayuh hadir
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
POSTER NGO-I (1)