December, 2019

now browsing by month

 

KENYATAAN RASMI MURSHID PANDANGAN TERHADAP PENUBUHAN KELAB RAKAN SISWA YADIM DAN RAKAN REMAJA YADIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertubuhan Multaqa Asatizah Dan Du’at dengan ini menyatakan sokongan terhadap inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kesinambungan kewujudan Sahabat YADIM. Kini ianya bakal dikenali dengan nama baharu iaitu Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Remaja YADIM (RRY). Inisiatif ini merupakan langkah penstrukturan semula usaha gerakan dakwah kepada pelajar beragama Islam seawal di bangku sekolah.

MURSHID berpandangan isu ini tidak patut ditimbulkan sehingga menimbulkan keresahan serta sangkaan buruk oleh sebilangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum di negara kita. Sebelum ini, YADIM juga telah mengeluarkan kenyataan penegasan bahawa tujuan utama kelab-kelab ini adalah sebagai mekanisma memupuk kemahiran berorganisasi, kesukarelawanan dan aktivisme yang bersifat menyeluruh dan terbuka dalam kalangan mahasiswa dan pelajar. Ianya juga tidak melibatkan mahasiswa dan pelajar bukan beragama Islam.

Kebenaran yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap usaha ini perlulah dilihat secara positif dan ianya tidak melanggar mana-mana peruntukan perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan. Ianya juga merupakan suatu usaha pendedahan dan pendidikan tidak rasmi bagi melahirkan remaja yang lebih proaktif, beretika tinggi dan berintegriti dalam kehidupan mereka di masa hadapan.

MURSHID melihat usaha menaiktaraf institusi pendidikan sebagai medium melahirkan pelajar serta graduan terdidik dengan ilmu serta jiwa muslim yang dianjurkan oleh Islam amatlah baik dan bermanfat. Anak-anak muda kita perlu menjadi insan yang menghormati dan meraikan perbezaan dalam kehidupan masyarakat majmuk agar keharmonian ini terus dijaga. Semoga usaha ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat serta dilaksanakan sebaiknya untuk manfaat kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)

rsy

Seminar Pengukuhan Keluarga Islam Siri 2

MURSHID telah bersama 7 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Keluarga Islam: Cabaran Masa Kini Siri 2. Seminar ini telah diadakan di Masjid Nurul Jannah, Meru, Selangor pada Sabtu, 14 Disember 2019 yang lalu.

Dalam seminar ini, dua topik telah dibentangkan. Topik pertama ialah LGBT Dalam Masyarakat Islam yang disampaikan oleh Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar. Manakala topik kedua ialah Kecelaruan Gaya Hidup yang dibentangkan oleh Saudara Nor Firdaus bin Norzaini.

Kira-kira 80 peserta hadir daripada kalangan ahli kariah masjid dan penduduk kampung sekitar. Sesi perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Al-Hilmy bin Arshad, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Klang yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), SS Tuan Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad.

Semoga program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Sesi 2 Meru (1)

Sesi 2 Meru (2)

Sesi 2 Meru (3)

Sesi 2 Meru (4)

Sesi 2 Meru (5)

USTAZ DR. AHMAD SUFIAN CHE ABDULLAH: ISU KEWANGAN ISLAM

Dengarkan siri tazkirah ringkas di saluran Youtube #MURSHIDTV mengenai Isu Kewangan Islam. Tazkirah ringkas ini disampaikan oleh Ustaz Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah.

PENGUMUMAN
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya derma dibuat untuk menjalankan program pada masa akan datang. Sebarang derma layak menerima resit pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebarang derma dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID)

Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 pada waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 8.30 am – 4.30 pm.

Semoga sumbangan anda akan diberikan ganjaran dan kemudahan oleh Allah SWT.

USTAZ MUSTAFAR MOHD SUKI: ISU THOHARAH

Dengarkan siri tazkirah ringkas di saluran Youtube #MURSHIDTV mengenai Isu Thoharah. Tazkirah ringkas ini disampaikan oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki.

PENGUMUMAN
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya derma dibuat untuk menjalankan program pada masa akan datang. Sebarang derma layak menerima resit pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebarang derma dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID)

Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 pada waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 8.30 am – 4.30 pm.

Semoga sumbangan anda akan diberikan ganjaran dan kemudahan oleh Allah SWT.

MURSHID SELAR PENGANJURAN EXPO TATTOO MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Baru-baru ini tular berkenaan Expo Tattoo Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre selama tiga hari mulai 29 November hingga 1 Disember. Meskipun pernah beberapa kali diadakan sebelum ini di Sabah, MURSHID menyelar tindakan penganjuran ekspo tersebut yang pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia.

Adapun tanggapan acara sebegini adalah berskala tertutup, tertumpu kepada masyarakat bukan beragama Islam serta dilihat boleh menyumbang kepada sektor pelancongan, MURSHID berpandangan ianya sangat tidak wajar untuk dianjurkan berdasarkan nilai ketimuran serta tatasusila budaya Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara kita ini. Masih banyak lagi acara atau lokasi-lokasi pelancongan yang boleh diketengahkan jika bertujuan untuk menaik tarafkan pelancongan negara kita.

Biarpun pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan penglibatannya dalam ekspo tersebut, pihak berwajib perlu seharusnya lebih memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau entiti terlibat daripada mencemar dan menyalahgunakan nama baik kementerian serta kerajaan.

Penganjuran acara sebegini yang bertentangan dengan norma masyarakat setempat perlu dibendung daripada terus menjadi normalisasi dalam kehidupan masyarakat. Sensitiviti masyarakat umum juga perlu dilihat dengan lebih menyeluruh sebelum menganjurkan sebarang program. Keterbukaan serta kebebasan juga mempunyai limitasi yang perlu dipatuhi demi menjaga keharmonian masyarakat.

MURSHID mengharapkan tindakan yang lebih tegas dilakukan sebagai peringatan dan teguran kepada masyarakat secara amnya untuk lebih berhati-hati dan waspada dalam menganjurkan sebarang program selepas ini.

Sekian, terima kasih.

Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)

Annotation 2019-12-04 153741