April, 2020

now browsing by month

 

TADABBUR PILIHAN JUZUK 5 – AYAT KUNCI KA’ABAH?

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Malam tadi kami Qiyam juzuk 5 seiring dengan malam kelima Ramadhan. Usai solat saya berkongsi Tafsir ayat pilihan:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Ertinya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (al-Nisa’ 4:58).

Ayat ini sangat unik! Maknanya menjadi antara prinsip utama Islam. Ia akan sentiasa segar malar sesuai digunakan di mana sahaja dan pada zaman mana pun. Inilah kehebatan al-Quran yang mampu berbicara dalam semua zaman dan tempat. Perihal kepentingan amanah semua sudah tahu. Kisah lokasi turunnya ayat ini jarang orang tahu. Ayat ini turun dalam ka’abah berkaitan kunci Ka’abah.

Pada hari pembukaan Mekah tahun ke 8 Hijri, Rasulullah SAW memanggil sahabatnya ‘Uthman bin Talhah RA untuk mengambil kunci Ka’abah daripadanya. Keluarga ‘Uthman bertanggung jawab sejak sekian lama menjaga kunci Ka’abah. Hak menjaga pengurusan air kepada pengunjung Masjid Haram pula dipegang ‘Abbas bin Abdul Mutalib. Ketika ‘Uthman menghulurkan kunci itu kepada Rasulullah SAW ada suara keluarga ‘Abbas meminta agar hak ekslusif menjaga kunci Ka’abah diberikan kepada mereka agar hak menjaga pengurusan air dan kunci Ka’abah disatukan di bawah penguasaan mereka.

Baginda membuka pintu Ka’abah dan masuk ke dalamnya. Selepas selesai solat dalam Ka’abah baginda keluar sambil membaca ayat 58 di atas. Baginda turut bersabda:

خذوها بابني أبي طلحة خالدةً تالدةً لا يأخذها منكم إلا ظالم

Ertinya: Ambillah ia (kunci Ka’abah ini) wahai keluarga Abi Talhah secara kekal (sehingga kiamat). Tiada siapa yang akan mengambil hak ini daripada kalian melainkan orang yang zalim (al-Isabah Fi Ma’rifat al-Sahabah dan Tafsir Ibn Kathir).

Dikatakan kunci ini kekal berada pada tangan keluarganya iaitu Bani Syaybah sehingga hari ini. Wallahu A’lam!

94485160_10217122283074591_3508071185055219712_n

MURSHIDTV: ISTIMEWA 30 APRIL 2020

ISTIMEWA 30 APRIL 2020!

Kami menampilkan dua orang ilmuwan yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam siaran FB Live di laman rasmi MURSHID.

Pada jam 2.00 petang, bersama Ustaz Dr. Umar Mohd Noor untuk membicarakan Hadith Palsu Menjelang Ramadhan.

Kemudiannya pada jam 6.00 petang, Ustaz Zahiruddin Zabidi pula akan memberikan tazkirah bertajuk Tadabbur al-Quran Juzuk 7.

Tonton di halaman Facebook rasmi kami iaitu: facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)

#MURSHIDTV

ASATIZAH BACK TO BACK

 

Tazkirah Ramadhan: Hadith Palsu Menjelang Ramadhan oleh Ustaz Dr. Umar Mohd Noor

Tazkirah Ramadhan: Tadabbur al-Quran Juzuk 7 oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi

TADABBUR PILIHAN JUZUK 5 – JANGAN UCAP SE’EKUM, SE-MEKUM ATAU EKOM- JANGAN BELIT LIDAH SEPERTI YAHUDI

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Malam tadi kami Qiyam juzuk 5 seiring dengan malam kelima Ramadhan. Usai solat saya berkongsi Tafsir ayat pilihan:

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانْظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا (46)

Ertinya: Di antara orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka) (al-Nisa’ 4:46).

Dalam ayat ini Allah mencela Yahudi kerana banyak jenayah;

1) Mengubah isi kandungan kitab mereka tentang sifat Rasulullah SAW. Sedangkan sifat baginda dalam kitab mereka sungguh jelas sehingga mereka pasti lebih kenali Baginda berbanding anak sendiri (al-Baqarah 2:146).

2) Mereka enggan mengikut sebarang arahan Rasulullah SAW kerana hasad dengki.

3) Mereka membelit lidah untuk mencela nabi seperti mengubah perkatan – راعنا kepada رعونة . Perkataan RA’INA asalnya bermaksud “raikan kami” dalam peneranganmu wahai Rasulullah (apabila orang Islam Madinah mahu agar baginda mengulang penerangan tentang Islam). Dalam Bahasa Yahudi pula perkataan yang mirip dengan RA’INA adalah RU’UNA yang bermaksud celaka atau celaan. Selepas mereka dengar para sahabat menggunakan perkataan RA’INA, mereka menukarnya kepada RU’UNA dengan tujuan mencela Baginda.

Berikutan itu, Allah menegah penggunaan perkataan RA’INA kepada UNZURNA. Ia diarahkan dalam firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Baqarah 2:104).

Contoh lain mereka membelit lidah adalah dengan menjatuhkan huruf Lam dalam lafaz Salam. Mereka ucapkan kepada nabi – السام عليكم – yang bermaksud CELAKA KE ATASMU. Kisah ini memang disebut sebuah hadith bagaimana orang Yahudi mengucapkannya ketika bertemu dengan Nabi:

قَالَتْ عَائِشَةُ فَفَهِمْتُهَا فَقُلْتُ وَعَلَيْكُمْ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ قَالَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْلًا يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ

Ertinya: Aishah menceritakan – Aku faham maksud 2 patah perkataan ucapan mereka itu, lantas aku menjawab “Ke atas kalian juga celaka dan laknat!” Berikutan itu Rasulullah menegur Aishah: “Tunggu dahulu (Sabar) Wahai Aishah! Sesungguhnya Allah sukakan lemah lembut dalam semua perkara.” Aku jawab: “Tidakkah engkau dengar apa yang mereka ucapkan?” Baginda menjawab: “Aku sudah menjawab – Wa ‘Alaykum (Ke atas kalian juga cacian itu)” (Sahih al-Bukhari, hadith no 5565).

Kerana celaan mereka ini, Allah rekodkan jenayah itu dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada kita pada:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نُهُوا عَنِ النَّجْوَى ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَيَتَنَاجَوْنَ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ وَإِذَا جَاءُوكَ حَيَّوْكَ بِمَا لَمْ يُحَيِّكَ بِهِ اللَّهُ وَيَقُولُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللَّهُ بِمَا نَقُولُ حَسْبُهُمْ جَهَنَّمُ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Ertinya: Tidakkah engkau perhatikan (wahai Muhammad) orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa, pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? DAN LAGI APABILA MEREKA DATANG KEPADAMU, MEREKA MEMBERI SALAM HORMAT BUKAN DENGAN LAFAZ SALAM HORMAT YANG DIBERIKAN ALLAH KEPADAMU; dan mereka berkata sesama sendiri: “(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?” Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali (al-Mujadalah 58:8).

Selepas ini berilah salam secara SEMPURNA. Jangan belit lidah secara sengaja atau malas-malas mengucap salam. Jangan “SE’EKUM, SE-MEKUM atau EKOM!” Jangan ikut Yahudi. Salam adalah doa, sempurna sebutan ia akan jadi doa manakala jika silap sebutanىya ia akan jadi DOA BURUK. Ayuh kita ubah!

MURSHIDTV: TAZKIRAH MOTIVASI AL-QURAN SEMASA RAMADHAN

30 m UMUS 3

Marilah mendengarkan Tazkirah bertajuk Motivasi al-Quran Semasa Ramadhan bersama Ustaz Mustafar Mohd Suki.

Bersamalah kita mendengarkan tazkirah beliau pada jam 6 petang, 28 April 2020 (Selasa). Tonton di halaman Facebook rasmi kami iaitu: facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)

#MURSHIDTV

 

 

MURSHIDTV: Tazkirah Ramadhan Tadabbur al-Quran Juzuk 6

30 m UAB_1
Penghayatan Al-Quran bukan sekadar membacanya tetapi memahami dan mendalami apa yang diturunkan Allah SWT kepada umat manusia.
 
Marilah mendengarkan Tazkirah Ramadhan bertajuk Tadabbur Al-Quran Juzuk 6 bersama Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim (Timbalan Presiden MURSHID).
 
Bersamalah kita mendengarkan penerangan beliau pada jam 12 tengah hari, 29 April 2020 (Rabu). Tonton di halaman Facebook rasmi kami iaitu: facebook.com/murshidmy
 
Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.
 
PENGUMUMAN
 
MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.
 
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.
 
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my
 
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)
 
#MURSHIDTV