May, 2020

now browsing by month

 

SALAM AIDILFITRI 1440H

SYAWAL 1441
Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada umat Islam di seluruh dunia dan amnya di Malaysia.
 
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan sederhana, bermakna serta penuh rasa kesyukuran ke hadrat Illahi.

MURSHIDTV: TAZKIRAH SYAWAL; ADAB & KESALAHAN MENYAMBUT AIDILFITRI

30 m UMUS 5

Semasa Aidilfitri, ada daripada kalangan kita sudah terlupa apakah adab menyambut perayaan besar umat Islam ini. Malah, ada juga melakukan kesalahan meskipun seringkali diperingatkan.

Dengarkan tazkirah daripada Ustaz Mustafar Mohd Suki mengenai Adab & Kesalahan Menyambut Aidilfitri.

Tonton dan dengarkan penjelasan beliau pada jam 6 petang, hari ini (23 Mei 2020) di laman Facebook rasmi kami, facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja

#MURSHIDTV

TADABBUR PILIHAN JUZUK 29 – BENARKAH SEBAIK-BAIK JIN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Ayat pilihan yang elok kita faham, belajar dan hadam daripada juzuk 29 sempena hari ke 29 Ramadhan adalah:

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

Ertinya: Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kami (para Jin) golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kami yang selain itu; kami masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan (al-Jinn 72:11).

Juga firman-Nya:

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا

Ertinya: Dan sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada antara kami (para Jin) golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh mencari dan menurut jalan yang benar, (al-Jinn 72:14).

Dua ayat di atas menyebut sifat, akidah dan akhlak para Jin. Mereka muncul dalam berbagai spesis dan akidah. Ada antara mereka yang soleh dan beriman kepada Allah. Bahkan sesetengah ulama hadith turut menamakan generasi pertama jin yang disebut di awal surah ini dan surah al-Ahqaf 46:29-32 sebagai para sahabat Nabi dalam bangsa jin. Apabila mereka dinobatkan sebagai sahabat nabi, pastinya mereka punyai integriti khas yang melayakkan mereka dipuji dan dianugerahi syurga di akhirat kelak.

Alam jin adalah alam misteri yang tak dapat dilihat mata. Asas utama berinteraksi dengan perkara ghaib adalah HANYA dengan merujuk kepada wahyu kerana tiada siapa tahu perihal perkara ghaib melainkan Allah:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Ertinya: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml 27:65).

Apabila adab ini dipegang, insya-Allah cara hidup beragama kita akan jelas dan kita selamat daripada ditipu sesetengah bomoh, pawang atau perawat yang mendakwa kononnya diberi kelebihan mengetahui perkara ghaib berdasarkan anugerah Tuhan atau ilmu ajaib yang dipelajarinya. Ini semua dakwaan karut, kosong yang tiada asas bukti. Usahkan para bomoh atau mana-insan biasa, Rasulullah SAW pun tak tahu yang ghaib melainkan setelah diwahyukan kepada Baginda (al-An’am 6:50, al-A’raf 7:18 dan al-Jinn 72:26-27).

Berdasarkan berbagai nass di atas, kata-kata “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” yang banyak tersebar dalam masyarakat Melayu sehingga menjadi doktrin bawaan dalam sesetengah filem seram adalah SALAH DAN TIDAK SEPATUTNYA DISEBAR. Bukan hanya nass di atas, banyak lagi lagi nass dan logic yang menyangkal kenyataan itu:

1) Seperti manusia, jin juga dipertanggung jawabkan dengan taklif agama (al-Rahman 55:31-32). Dengan taklif agama mereka diberikan ganjaran pahala dan balasan dosa atas semua perbuatan baik dan buruk mereka. Perbuatan baik pastinya diberikan ganjaran syurga, manakala perbuatan jahat akan diberikan balasan neraka di akhirat kelak. Sekiranya kenyataan di atas diterima, nescaya semua jin walaupun yang soleh akan tetap dihumban ke neraka. Kezaliman sebegini juga mustahil bagi Allah yang Maha Adil.

2) Allah mengiktiraf wujudnya para pendakwah dalam golongan Jin (al-An’am 6:130).

3) Allah menyediakan syurga yang didiami bidadari untuk manusia dan jin yang beriman:

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Ertinya: Dalam syurga itu terdapat bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), YANG TIDAK PERNAH DISENTUH SEBELUM MEREKA OLEH MANUSIA DAN JIN; (al-Rahman 55:56).

Apa pun, bicara mengenai alam jin jangan hanya dilihat dari sudut misteri yang menyeramkan jiwa. Buang jauh-jauh rasa gerun takut kepada makhluk seperti jin dalam “jenama hantu” yang memundurkan otak orang Islam. Ia sepatutnya membuka mata kita untuk memahami kehebatan kuasa Allah Pemilik alam semesta. Pandang ia sebagai lambang kesempurnaan Islam dan al-Quran yang sudah memberi maklumat jelas tentang alam ini ketika bukan Islam masih meraba-raba meneka maklumat mengenainya. Selain itu, kewujudan alam jin juga perlu difahami dalam kerangka dakwah Rasulullah SAW yang menjadi rahmat kepada seluruh alam termasuk alam jin. Semoga Allah selamatkan kita semua dengan cara beragama yang benar lagi sahih bersandarkan panduan wahyu ilahi.

99436260_10217326220692904_5162585311523373056_n

 

MURSHIDTV: SOAL JAWAB ZAKAT FITRAH

30 m UAH - ZFITRAH

 

Saban tahun, pelbagai persoalan berkenaan zakat fitrah berulang-ulang dalam masyarakat kita. Ada yang lupa dan tak lupa juga yang terkeliru mengenainya.

Dengarkan penjelasan daripada Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman mengenai zakat fitrah.

Anda boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. Nanti Ustaz, akan jawab ya!

Tonton dan dengarkan penjelasan beliau mengenai zakat fitrah pada jam 6 petang, hari ini (22 Mei 2020). Di laman Facebook rasmi kami, facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja

#MURSHIDTV

MURSHIDTV: TAZKIRAH RAMADHAN – TADABBUR AL-QURAN JUZUK 28

30 m UAB_5

 

Penghayatan Al-Quran bukan sekadar membacanya tetapi memahami dan mendalami apa yang diturunkan Allah SWT kepada umat manusia.

Marilah mendengarkan Tazkirah Ramadhan bertajuk Tadabbur Al-Quran Juzuk 28 bersama Ustaz Abdullah Bukhari Abd. Rahim (Timbalan Presiden MURSHID)

Bersamalah kita mendengarkan penerangan beliau pada jam 6 petang, 21 Mei 2020 (Khamis). Tonton di halaman Facebook rasmi kami iaitu: facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)