June, 2020

now browsing by month

PENYIASAT PARANORMAL DI TV

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Tertonton rancangan Paranormal Caught on Camera, Session 1 di Astro. Syukur kita Muslim dibekalkan al-Quran yang lengkap menjelaskan perihal Ghaib seperti alam jin.

Semua yang misteri pada bukan Islam dalam rancangan itu seperti rumah berhantu bekas tempat mafia dibunuh, barang bergerak sendiri, wajah sukarelawan PARANORMAL bertukar menjadi menakutkan, video penampakan UFO dan sebagainya sudah ada jawapan dalam al-Quran…

Alhamdulillah aku dilahirkan Muslim dan diberi kesempatan mendalami al-Quran dan al-Sunnah. Apabila bertemu atau dengar semua perkara yang dikatakan PARANORMAL ini, aku nampak petunjuknya dalam al-Quran:

KUNCI DAN JAWAPAN SEMUA YANG DIDAKWA PARANORMAL ITU TERSIMPUL DALAMAL-QURAN.

Tiada roh si mati balik menjadi hantu, yang mengusik itu adalah jin kerana manusia yang mati TAK BOLEH BALIK KE DUNIA SAMA SEKALI:

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)

Ertinya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, dia berkata: ” Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di dunia) – “Supaya aku mengerjakan amal yang soleh dalam perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja ucapkan, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding pemisah yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (al-mu’minun 23:99-100).

UFO dan makhluk asing? Ia juga mungkin jin:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ

Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk yang melata; dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya) (Al-Syura 42:29).

Jin lebih dahulu mendaki ke langit sebelum NASA menghantar manusia ke bulan:

وَأَنَّا كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡهَا مَقَٰعِدَ لِلسَّمۡعِۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأٓنَ يَجِدۡ لَهُۥ شِهَابٗا رَّصَدٗا

Padahal sesungguhnya kami (para Jin) dahulu biasa menduduki tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya (al-Jinn 72:9).

Sudah lama semua misteri ini dirungkai al-Quran. Oleh itu, dalamilah al-Quran untuk meneroka semua misteri alam DALAM BATASANNYA.

MURSHIDTV: TADABBUR SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5

30 m UMUS NEW QUADRAND

Ayat 1-5 Surah al-Baqarah merupakan ayat lazim yang sering dibaca sewaktu solat fardhu. Adakah kita ketahui apa di sebalik maksud 5 ayat tersebut?

Dengarkan Tazkirah Tadabbur al-Quran Surah al-Baqarah ayat 1-5 daripada Ustaz Mustafar Mohd Suki.

Tonton penjelasan daripada beliau pada jam 12 Tengah Hari, 24 Jun 2020 (Rabu) di laman Facebook rasmi kami, facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.

PENGUMUMAN

MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)

APLIKASI GAMBAR TUKAR JANTINA

Oleh: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang bertanya berkenaan aplikasi tukar jantina. Jawabnya, JAUHILAH IA walau untuk suka-suka, kerana ia boleh membuka jalan yang lebih buruk antaranya :
1. Bimbang timbul rasa keinginan menjadi jantina berbeza yang diharamkan dengan sangat jelas. Khususnya apabila dipuji oleh yang melihatnya.
2. Membuka ruang salahguna gambar terbabit untuk aktiviti penyamaran identiti dan penipuan.
3. Membuka ruang cyber bully mengutuk yang boleh mendatangkan kemurungan yang tidak perlu.
4. Dibimbangi datang rasa, keta’ajuban dengan gambar palsu terbabit dan terdetik dalam hati akan kecantikan diri, yang maan ia boleh mendatangkan penyakit ‘ain serta merasa cantik diri dengan penampilan yang salah.
5. Ia punyai elemen ‘familirisasi’ atau membiasakan budaya salah penukaran jantina di alam nyata, seolah ia pekara menarik dan trending serta tidak memalukan.

Atas pertimbangan yang disebut di atas serta lain-lain, kaedah sadd az-zarai’ atau menutup peluang kemudaratan terhasil darinya, maka tegahan adalah sangat wajar dalam konteks ini. Selain itu, perbuatan tersebut juga tidak membawa sebarang faedah bagi menjustifikasikan atau mempertahankannya.

MURSHIDTV: TAZKIRAH HAK WANITA BEKERJA DALAM ISLAM

30 m UNIK SALIDA WANITA 1

Wanita merupakan tunggak penting dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, ada wanita yang mencari rezeki bagi meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga. Ada perkara menjadi persoalan iaitu benarkah ada hak wanita bekerja yang dijamin dalam Islam?
 
Dengarkan Tazkirah bertajuk Hak Wanita Bekerja Dalam Islam daripada Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila.
 
Tonton penerangan beliau pada jam 12 Tengah Hari, 22 Jun 2020 (Isnin) di laman Facebook rasmi kami, facebook.com/murshidmy
 
Jangan lupa kongsikan poster ini kepada keluarga, rakan dan jiran.
 
PENGUMUMAN
 
MURSHID juga mewujudkan saluran video di Facebook. Saluran ini memaparkan tazkirah ringkas daripada barisan asatizah mengenai pelbagai topik untuk kefahaman umat Islam.
 
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya sumbangan tunai dibuat bagi menjalankan pelbagai inisiatif seperti ini pada masa akan datang.
 
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my
 
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja)
 
#MURSHIDTV

MURSHIDTV: TADABBUR SURAH AL-FATIHAH (BAHAGIAN KEDUA)

30 m UMUS 4D

Surah al-Fatihah merupakan surah pertama di dalam susunan al-Quran. Dan ia merupakan rukun yang mesti dilakukan sewaktu solat.

Dengarkan Tazkirah Tadabbur al-Quran Surah al-Fatihah daripada Ustaz Mustafar Mohd Suki. Tazkirah ini merupakan kesinambungan untuk sesi pada minggu lalu.

Tonton penerangan beliau pada jam 12 Tengah Hari, 17 Jun 2020 (Rabu) di laman Facebook rasmi kami, facebook.com/murshidmy

Jangan lupa kongsikan video ini kepada keluarga, rakan dan jiran.