Agihan Asnaf Ramadhan MURSHID & Perkim Wilayah Persekutuan

Pada 3 Jun 2018, MURSHID dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persektuuan telah menganjurkan Agihan Asnaf Ramadhan.

Program ini dimulakan oleh ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Mohd Nakhaie Hj Ahmad. Kemudiannya, para hadirin diperdengarkan tazkirah daripada Presiden MURSHID, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

89 orang penerima telah dijemput khas daripada kalangan mualaf sekitar Kuala Lumpur. Penerima terdiri daripada kalangan mualaf yang berlatarkan pelbagai bangsa dan bahasa. Setiap penerima menerima beg barangan keperluan asasi dan wang tunai.

Terima kasih di atas sumbangan daripada para penderma. Terima kasih juga kepada PERKIM yang sudi menjadi rakan kerjasama dalam penganjuran program ini.

Agihan Asnaf Perkim (2)

Agihan Asnaf Perkim (3)

Agihan Asnaf Perkim (4)

Agihan Asnaf Perkim (1)




Comments are Closed