APLIKASI GAMBAR TUKAR JANTINA

Oleh: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang bertanya berkenaan aplikasi tukar jantina. Jawabnya, JAUHILAH IA walau untuk suka-suka, kerana ia boleh membuka jalan yang lebih buruk antaranya :
1. Bimbang timbul rasa keinginan menjadi jantina berbeza yang diharamkan dengan sangat jelas. Khususnya apabila dipuji oleh yang melihatnya.
2. Membuka ruang salahguna gambar terbabit untuk aktiviti penyamaran identiti dan penipuan.
3. Membuka ruang cyber bully mengutuk yang boleh mendatangkan kemurungan yang tidak perlu.
4. Dibimbangi datang rasa, keta’ajuban dengan gambar palsu terbabit dan terdetik dalam hati akan kecantikan diri, yang maan ia boleh mendatangkan penyakit ‘ain serta merasa cantik diri dengan penampilan yang salah.
5. Ia punyai elemen ‘familirisasi’ atau membiasakan budaya salah penukaran jantina di alam nyata, seolah ia pekara menarik dan trending serta tidak memalukan.

Atas pertimbangan yang disebut di atas serta lain-lain, kaedah sadd az-zarai’ atau menutup peluang kemudaratan terhasil darinya, maka tegahan adalah sangat wajar dalam konteks ini. Selain itu, perbuatan tersebut juga tidak membawa sebarang faedah bagi menjustifikasikan atau mempertahankannya.


Comments are Closed