BACA DOA PENJAGAAN NABI YA’QUB KETIKA WABAK COVID 19?

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Nabi Ya’qub AS kehilangan Yusuf. Pun begitu baginda tetap yakin Yusuf masih hidup, lalu serahkan penjagaan Yusuf kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik PENJAGA. Kisah ayat ini berlaku selepas puluhan tahun Yusuf hilang.

Ketika kemarau melanda, adik beradik Yusuf datang ke Mesir meminta bekalan makanan. Yusuf kenal mereka tetapi mereka tak kenal Yusuf. Yusuf melayan mereka dengan baik bahkan melebihkan bekalan makanan untuk ayahanda mereka (Nabi Ya’qub) dan seorang lagi adik mereka yang tinggal di Kan’an (Bunyamin) kerana menjaga si ayah yang sudha tua.

Yusuf bijak meletakkan syarat agar mereka kembali lagi ke Mesir. Syaratnya dalam ziarah akan datang Bunyamin perlu dibawa sebagai bukti mereka bersepuluh tidak berdusta dalam kisah kesusahan mereka di Kan’an. Setelah pulang mereka bersepuluh memujuk nabi Ya’qub agar membenarkan Bunyamin menyertai mereka untuk ziarah akan datang.

Ya’qub risau lalu terkenang Yusuf yang sudah lama hilang. Dalam resah itu baginda memohon agar Allah menjaga Yusuf AS.

Kita boleh baca ayat ini (Yusuf 12:64) Bermula dari bahagian yang bertanda -فالله – semasa COVID 19 melanda dan kita SERAHKAN PENJAGAAN KITA KEPADA ALLAH KERANA DIALAH SEBAIK2 PENJAGA….SELEPAS KITA MENJAGA JARAK SELAMAT DAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI…Inilah yang dikata tawakkal…usaha berganding doa. Doanya pula doa dari al-Quran. Pastinya doa al-Quran adalah yang paling mujarab dan terbaik.

 

Comments are Closed