Bantuan Keperluan Asasi Ramadhan

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan sesi agihan bantuan keperluan asasi untuk bulan Ramadhan.

Program ini bertujuan mensasarkan agihan bantuan keperluan barangan asasi kepada penerima yang memerlukan semasa bulan Ramadhan. Sesi agihan akan dijangka dilakukan dalam bulan Ramadhan kali ini. Setiap penerima akan menerima barangan keperluan harian berupa makanan bernilai RM100 setiap seorang.

Sebarang sumbangan dalam bentuk tunai boleh dimasukkan ke akaun;
Nama akaun: MURSHID
Nama bank: Maybank Islamic
Nombor akaun: 564799117561

Sekiranya penerima ingin mendapatkan resit, sila berikan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mel serta bukti sumbangan (screenshot / gambar) kepada e-mel: admin@murshid.my. Selain itu, butiran tersebut boleh juga dihantarkan melalui WhatsApp di talian 011-2080 1636.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Eksekutif MURSHID di talian 03-6177 4612 atau 011-2080 1636 pada waktu pejabat.

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya ada hebahan dan perkongsian dibuat. Pihak kami ingin mendahulukan ucapan terima kasih di atas semua bantuan yang diberikan

agihan asnaf baru


Comments are Closed