Bantuan Pelajar Malaysia di Jordan

Berlaku beberapa kes pelajar di sana terpaksa mengikat perut contohnya makan maggi satu paket sehari dan dikerat dua, separuh untuk makan pagi dan separuh lagi untuk makan malam kerana wang saku yang diberikan oleh ibu bapa mereka tidak mencukupi, lebih-lebih lagi mereka datang dari keluarga yang susah.

Mereka terpaksa dahulukan bayaran yuran yang semakin mahal. Terdapat pelajar yang kurang sihat dan datang pula dari keluarga susah dan punyai 8 adik beardik. Ayah sekadar meniaga nasi lemak, pelajar sedang hadapi kesukaran kewangan yang serius.

Pelajar yang tidak mendapat tajaan dan bantuan zakat lebih memeritkan lagi, sebahagiannya dapat agihan zakat dan tajaan tapi juga masih perit.

JUSTERU anda boleh membantu dengan MENDERMA SEGERA ke akaun NGO Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID)

564799117561
Maybank Islamik

* Sebarang sumbangan DIMESTIKAN meletakkan butiran “PELAJAR JORDAN” untuk semakan pihak MURSHID
* Jika diperlukan, anda juga boleh mendapat surat pengecualian cukai pendapatan dari pihak MURSHID.
* Pastikan sumbangan diberkan SEBELUM ATAU PADA 14 APRIL 2019.

Sila mesej ke admin@murshid.my dengan resit dan memaklumkan jumlah yang telah di bank in untuk sedeqah dan derma pelajar Jordan.

_________________

INSHA ALLAH SAYA AKAN BERLEPAS KE JORDAN PADA 16 APRIL 2019 DAN MENYAMPAIKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT.

30 % dari hasil sumbangan akan diberikan kepada persatuan pelajar untuk penganjuran Seminar Kewangan Islam & Muamalat, manakala selebihnya untuk agihan pelajar terdesak dan sangat memerlukan.

_____________

Untuk makluman, sebahagian pelajar Malaysia di Jordan hadapi masalah kewangan kerana:-

1) Tukaran matawang Malaysia yang jatuh teruk hari ini 1 Dinar Jordan bersamaan RM 5.75, berbanding RM 4.50 empat tahun yang lalu.

2) Kos yuran yang tinggi. Bagi kategori Duwali, setiap tiga jam kredit yuran dikenakan sebanyak 250 Dinar (RM1,437).

3) Perbelanjaan kos sewa rumah meningkat dan membebankan pelajar. Anggaran kos sewa rumah antara 190 Dinar (RM1,092) hingga lebih 400 Dinar (RM2,300) sebulan, bergantung kepada keluasan rumah dan kelengkapan perabot.

4) Pelajar juga turut terbeban dengan perbelanjaan harian seperti kos pengangkutan, makan dan perkhidmatan telekomunikasi. Sebagai contoh, pada tahun lalu berlaku dua kali kenaikan tambang bas berikutan kenaikan harga minyak. Sebulan kira-kira 30 Dinar (RM172) tambang untuk ke kuliah harian, belum kira tambang lain untuk ke universiti.

5) Selain itu, cukai juga semakin meningkat dan memberi kesan terhadap perbelanjaan penggunaan telefon dan internet. Misalnya, jika membeli 5 Dinar kredit telefon perlu bayar 7.50 Dinar (RM43), bermaksud 2.50 Dinar (RM 14.30) merupakan cukainya.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

« (Previous Post)

Comments are Closed