Berhati-Hati Dalam Memberikan Pandangan

Susulan daripada perletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V semalam, pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) berpandangan rakyat Malaysia seharusnya bertimbang rasa
dalam membuat sebarang kenyataan walaupun dalam unsur jenaka atau gurauan. Kenyataan ini termasuk dalam pelbagai bahasa daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama mahu pun pegangan politik.

Yang Di-Pertuan Agong merupakan ketua negara yang harus dihormati semua pihak di negara ini. Sekiranya terdapat perbezaan yang wujud, seharusnya ditangani secara berhemah dan bijaksana.

Dikeluarkan di pejabat Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
7 Januari 2019

 

« (Previous Post)

Comments are Closed