CARA AJAIB MENDAPAT MAKLUMAT TENTANG COVID 19?

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Tahap tertinggi sumber ilmu bagi orang Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, ia terhasil daripada kajian ilmiah secara saintifik dan sebagainya. Maklumat dari alam ghaib? Mimpi? Sesi soal jawab dengan jin? Saya garu kepala kehairanan apabila orang share video perawat bertanya kepada gerakan tangan seorang lelaki tentang asal usul virus COVID 19. Lantas saya teringat ayat ini:

وَمَا يَتَّبِعُ أَكۡثَرُهُمۡ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا يَفۡعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (Yunus 10: 36).

Mungkin para perawat ada pandangan lain, cuma bagi saya merakam sesi itu dan menyebarnya adalah satu kesilapan yang boleh dielak kerana ia bakal mengundang mudarat lebih besar kepada nama RAWATAN ISLAM.


Comments are Closed