Ekonomi

now browsing by category

 

Hak Penyewaan & Pemilikan Hartanah Menurut Pandangan Islam

Kandungan dalam gambar ini adalah benar malah ianya juga sah di sisi Islam sekiranya sama-sama telah dipersetujui oleh penyewa dan pemilik hartanah. Islam menjaga hak kedua-dua pihak dan bukan hanya pengguna atau pembeli sahaja, tetapi juga penjual dan pemilik.

Menurut hukum Fiqh Islam, penyewa yang enggan keluar sesudah tamat tempoh adalah dikira ‘ghasb’, iaitu perampasan hak orang lain, dendanya menurut jumhur ulama adalah sama ada :-

1. Mesti membayar harga pasaran sewa sepanjang tempoh duduk rumah atau premis terbaabit tanpa hak, atau

2. Membayar sejumlah wang denda (iaitu jika telah dipersetujui dari awal dalam kontrak – ia mungkin 2 kali ganda dari nilai sewa bulanan – ia tetap harus jika sudah dipersetujui di awal kontrak)

kenyataan -uzar haru

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

Program Bantuan Keperluan Asasi Kepada Fakir Miskin

poster program agihan keperluan (1)

MURSHID dengan kerjasama Elzar Mart menganjurkan Program Bantuan Keperluan Asasi Kepada Fakir Miskin.

Program serahan akan dibuat secara bulanan. Seramai 50 keluarga yang cukup syarat khususnya di sekitar Gombak akan terlibat menerima bantuan.

Pengagihan bantuan barangan keperluan asasi ini mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah dan sangat memerlukan, khususnya di musim ekonomi tidak menentu dan lembap ini.

Para penyumbang boleh memberi sumbangan kepada akaun Maybank Islamic (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at) – 564799117561. Sila tulis ‘asasi’ sebagai rujukan jika anda membuat bayaran secara ‘online’. Anda juga boleh emel ke admin@murshid.my dan maklumkan sumbangan untuk keperluan asasi. Anda juga boleh memaklumkan melalui emel jika memerlukan resit pengecualian cukai.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 011-2080 1636 (pada waktu pejabat)