Kenyataan Media

now browsing by category

 

Aidilfitri: Apakah Perlu Dilakukan

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Berikut perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa menyambut perayaan yang diiktiraf oleh Islam ini. Semoga kita dapat mengamalkannya bersama-sama supaya dapat menambahkan pahala di hari raya yang mulia ini. 
Kami sangat berterima kasih jika album infografik ini disebarkan untuk manfaat semua.

1440H_1 1440H_2 1440H_3 1440H_4 1440H_5 1440H_6

Kesilapan Kerap di Hari Raya Aidilfitri

Kesilapan ini sering berlaku secara kerap sewaktu selain musim perayaan. Tetapi sengaja di’highlight’ kerana perayaan Aidilfitri sepatutnya menjadikan kita lebih sensitif dengan ruang dan peluang dosa daripada hasil tarbiah Ramadhan.

APA TAK BOLEH RAYA_1 APA TAK BOLEH RAYA_2 APA TAK BOLEH RAYA_3 APA TAK BOLEH RAYA_4 APA TAK BOLEH RAYA_5 APA TAK BOLEH RAYA_6 APA TAK BOLEH RAYA_7 APA TAK BOLEH RAYA_8

BAHASA MANDARIN VS MATRIKULASI

Menjadikan syarat boleh berbahasa MANDARIN bagi jawatan guru bahasa mandarin atau bagi subjek berbahasa pengantar mandarin, adalah BOLEH diterima. Sebagaimana syarat boleh berbahasa arab bagi jawatan guru bahasa arab atau matapelajaran Syariah & Usuluddin yang bahasa pengantarnya arab.

Menjadikan syarat MANDARIN bagi jawatan korporat di sektor swasta hanya kerana pelanggan syarikat majoritinya mandarin, adalah TIDAK PATUT berlaku di sebuah negara bernama Malaysia yang bahasa ibundanya Malaysia & bahasa antarabangsanya Inggeris. Malah meletakkan itu sebagai kewajiban boleh dikatakan sebagai ‘racist’ kerana majoriti bangsa yang boleh berbahasa mandarin adalah bangsa Cina.

Sebagaimana juga tidak wajar menjadikan bahasa arab sebagai syarat jawatan korporat sektor korporat seperti di institusi kewangan Islam namun itu tidak pun berlaku sehingga pelbagai bangsa & agama boleh bertugas di perbankan Islam, semua bergantung kepada merit utama iaitu pengetahuan.

BAHASA MELAYU/MALAYSIA SEBAGAI SYARAT?

Namun jika menjadikan Bahasa Malaysia sebagai syarat semua jawatan korporat di sektor awam dan swasta dalam negara Malaysia??, ia sentiasa WAJAR kerana ia bahasa bagi negara Malaysia. Ia juga bukan ‘racist’ tetapi patriotik. Pengalaman saya melihat negara republik Czech menterjemah hampir semua buku termasuk novel antarabangsa ke bahasa ibunda mereka bagi menjaga jatidiri negara dan sama-sama berbangga dan menaikkannya, suasana hampir serupa berlaku di Jerman.

DAPAT MATRIKULASI & IPTA TAPI TAK ADA KERJA?

Jika matrikulasi diraih oleh majoriti melayu, ya mereka berpeluang mendapat pendidikan tinggi di IPTA, tetapi setelah graduasi mereka dinafikan bertugas di sektor swasta kerana tiada bahasa mandarin atau bukan berbangsa Cina, disebabkan syarikat swasta dikuasai pemilik bercakap mandarin, itulah yang menjadi isu sekarang ini yang MENCETUS TIDAK PUAS HATI sebahagian orang melayu. Iaitu ketidakseimbangan graduasi dan bukaan peluang pekerjaan.

Tidak dapat dinafikan, agak banyak syarikat besar dari usahawan berbangsa Cina yang berjaya berbanding syarikat milik bumiputra. Lihat sahaja peratusan pemegang ekuiti saham mereka di syarikat besar senaraian awam di Bursa Malaysia. Tahun 2017, Pemilikan ekuiti individu bumiputera di Bursa Malaysia hanya 4-5%.

Lantaran itu, isu bahasa mandarin sebagai syarat kerja di sektor swasta itu amat dirasai oleh masyarakat Melayu Islam.

MATRIKULASI TERHAD UNTUK MEREKA PULA.

Bangsa selain melayu pula TIDAK PUAS HATI JUGA kerana peluang mereka ke matrikulasi sangat terhad dan BUKAN SEMUA MEREKA dari keluarga kaya yang mampu ke IPTS.

Sefaham saya, YB Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan CUBA melayan rungutan ini dan mengimbangi antara kuota dan kerumitan tekanan politik dengan menambah jumlah pelajar ke matrikulasi sekaligus bertambah juga bilangan bangsa selain melayu yang akan diterima ke matrikulasi. Itu bagi memastikan agar kuota Melayu tidak berkurang apabila ditambah kuota bangsa lain serta MENGELAK kecaman politik dari masyarakat Melayu.

Memang jelas dari statistik pendapatan antara kaum di Malaysia, bangsa Melayu yang merupakan majoriti masih memerlukan kuota matrikulasi bagi membesarkan sedikit peluang mereka bersaing dalam dunia kerjaya swasta. Ini BUKAN racist tetapi berdasarkan keperluan dan statistik.

Masalah bangsa sememangnya rumit dan diplomasi serta tolakansur sentiasa perlu di kehadapankan dari memastikan masyarakat kita boleh sama-sama melangkah ke hadapan, merapatkan jurang ekonomi antara bangsa-bangsa utama dalam negara.

Mereka yang bermasalah serta masih terkebelakang, perlukan sedikit pertolongan melalui kuota dan subsidi manakala yang sudah di depan perlu pula berjiwa besar dan tidak hanya berlari terus membawa hanya orang-orang yang sebangsa dengannya. Itu hanya akan menambah prejudis dan melebar jurang.

Tiada kayu magis untuk menyelesaikan kemelut ini. Hanya sekadar berkongsi sudut pandangan. Namun, saya SOKONG kenyataan YB Menteri Pendidikan yang menegur dalam hanya sebaris ayat perihal syarat bahasa mandarin yang mencetus kontroversi.

Walau sebenarnya, tapisan sebahagian pasaran sektor swasta bukan sahaja boleh dibuat dengan meletakkan syarat mandarin, malah ada iklan kerja yang tiada terlihat syarat itu, namun syarikat tetap menapis secara internal dan mengenepikan semua yang berlainan bangsa dengan pemilik syarikat. Cuma, apabila ia sudah sampai diletak dalam syarat, itu menunjukkan kurang sensitivi semakin menebal tahun demi tahun. Itu patut diubah, TIDAK mengubahnya adalah ‘racist’.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden,
Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at
(MURSHID)

mandarin vs matrik

Kenyataan Rasmi MURSHID isu Bachelorette Party

1

2

3

Baguskah Tabung Haji Diselia Bank Negara Malaysia (BNM)?

Saya berpandangan agar kita tidak terlalu berlebihan berpolitik dalam hal Tabung Haji (TH) ini kerana institusi TH ini menuntut tadbir urus yang professional lagi kemas melangkaui kepentingan politik kepartian. Ia adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi role model di peringkat antarabangsa.

Meletakkannya di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) dan seliaannya tidak sama sekali patut dilihat negatif apatah lagi dari mengaitkan dengan sentimen perkauman dan agama atau kononnya untuk melemahkan TH, bahkan sebenarnya ia adalah untuk meningkatkan daya saing, integriti dan ketelusan dan menguatkannya.

BNM sudah lama berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan sesebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia itu mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yang memenuhi syarat, malah pemilihan CEO dan Lembaga pengarah setiap bank juga perlu lulus tapisan kelayakan oleh BNM. Justeru BNM sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful. Sangat banyak syarat-syarat yang ketat tapi perlu contohnya seperti memastikan banking institutions untuk ‘maintain high-quality loss-absorbing capital’ yang terdiri dari Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7% dari keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets, iaitu peningkatan berbanding 2% sebelumnya. Ia semua penting bagi menjaga kelangsungan sesebuah bank.

Berdasarkan kenyataan wakil TH, bukanlah TH diletakkan keseluruhannya di bawah BNM sebagaimana bank-bank komersial tetapi hanya untuk sebahagian aspek penting serta BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar iaitu Governance & Financial Audit. Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:

1. Fair, responsible and professional business conduct
2. Prudential policy, risk management and supervision
3. Tools for crisis management and prevention
4. Financial safety nets
5. Orderly financial markets
6. Shariah Compliance

Justeru itu, tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan non-muslim ke atas TH kerana BNM bekerja dengan profesional berdasar Central Bank Act 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi dari MOF dalam melaksanakan tugasnya serta melangkaui politik kepartian. BNM turut sendiri punyai Majlis Penasihat Shariah. TH pula sebagaimana dalam akta Tabung Haji tidak terikat dengan BNM seperti bank-bank komersial.

Lembaga Pengarah TH adalah pihak yang mesti menentukan hala tuju dan strategi terbaru TH, mereka semua beragama Islam, merekalah juga yang mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yang lain, bukannya BNM yang hanya bertindak sebagai auditor bagi sebahagian bidang yang diserahkan oleh TH.

Justeru, muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila TH diletakan bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:

a. tiada atau sekurang-kurangkan minima salah tadbir urus berlaku di TH pada masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik kepartian,
b. sebarang perubahan polisi-polisi tertentu yang menyalahi amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat dapat dikenalpasti.
c. pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH dari melabur ke tempat tinggi risiko, sebelum ini mungkin telah dikompromikan dengan arahan ‘orang politik’.

Kesimpulannya, adalah bagus TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat bagi aspek audit & governance. Menurut sumber berautoriti saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung YAB PM dan Menteri Agama dan bukannya BNM atau MOF.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Adj. Professor Faculty Business & Accountancy, UNISEL
12 Dis 2018

th logo