Perutusan

now browsing by category

 

ICERD: Pertimbangan Baik Buruk & Pandangan

Ramai yang bertanya berkenaan International Convention on The Elimination of all Forms of Racial Discrimination (ICERD), sebenarnya saya telah pun memberikan pandangan kepada pihak kerajaan berkenaan perkara ini dalam pertemuan NGO Islam Bersama YB Menteri Agama, malah juga telah membentangkan pandangan ringkas saya kepada beberapa pimpinan kerajaan negeri Kedah pada 8 Nov 2018 yang lalu dalam program anjuran ABIM & Exco Agama negeri.

Secara mudahnya, beberapa perkara perlu dilihat iaitu :

1] Dari aspek jika tandatangan ICERD dan tidak..

A. APA KESAN JIKA TANDATANGAN ICERD?

• Bila sign, kita JIKA Malaysia pilih Ratifikasi maka ia adalah suatu komitmen berbentuk kukuh untuk menuruti semua artikel di dalam ICERD. Antaranya dalam artikel 5 ICERD (iv) yang menyatakan keharusan memilih pasangan bagi setiap individu, ia mungkin boleh mendesak kahwin sesama jenis dianggap hak asasi dan didesak agar dibenarkan.
• Namun obligasi tersebut DIBENARKAN untuk menyatakan pengecualian bagi artikel dan item tertentu seperti yang berbentuk affirmatif action/ discrimination (merujuk kepada perbezaan layanan kepada warga disebabkan justifikasi kukuh seperti OKU, penduduk asal, keterkebelakangan sesuatu kaum dan kelompok dan lain-lain).
• Hampir semua negara umat Islam yang menandatangani telah mengecualikan pengiktirafan negara Israel dan terdapat beberapa negara menambah pelbagai hal lain termasuk Singapura yang mengecualikan hampir 5 perkara.
• Namun begitu, pengecualian tersebut itu boleh dikritik dan dibantah oleh negara lain. Pun begitu, bantahan tersebut hanya sekadar bantahan sahaja.
• Dari hampir 197 negara di dalam UN, 177 telah menandatangani dan hanya Malaysia dan Brunei negara umat Islam yang tidak menandantanginya.
• Sebahagian besar negara yang menandatangani ICERD kelihatan tidak bersungguh pun dalam melaksanakan pelbagai klausa di dalam ICERD, malah terdapat yang telah menandatanganinya 20 atau 30 tahun lalu, namun tiada banyak perbezaan pun di negara mereka, ini menunjukkan tiada kuasa desaakan yang serius bagi mana-mana negara hatta yang menyetujui ratifikasi ICERD.
• Dan semua pihak menandatangai melaksanakan artikel di dalamnya secara terpiih dan ada yang telah mengambil masa 50 tahun sejak convention tersebut diperkenalkan, iaitu sejak 4 Jan 1969, namun masih lagi belum sepenuhnya.
• Di majoriti non muslim yang ratifikasi ICERD, majoriti muslim adalah mereka yang mengambil peluang melapor ketidakadilan kepada pihak UN. Namun, hatta selepas dibicara dan keputusan ‘Violation’ diperolehi, hanya sekadar nasihat dan teguran sahaja diberikan oleh ICERD kepada negara terbabit, tiada tindakan keras atau paksa kelihatan terkena kepada negara terbabit, hanya lobi melobi dan sindir menyindir di perhimpunan PBB sahaja.
• Selain itu, setiap negara yang meratifikasi perlu menghantar laporan setiap suku tahun.
• Tanpa sebarang pindaan undang-undang dalam negara, ICERD TIDAK BOLEH mengambil alih kekuasan undang-undang dalam negara. Justeru, ketakutan yang melampau dalam hal ICERD, adakalanya dan mungkin ditambah-tambah kerana motif politik kepartian di dalam negara.

B. JIKA TIDAK TANDATANGAN?

• Perkara terpenting pada hemat saya, tiada paksaan atau ugutan secara keras seperti sekatan ekonomi, penarikan pelaburan, penamatan usahasama dagangan antara negara dan yang sepertinya, sekiranya Malaysia TIDAK menandatangani ICERD, kecuali akan wujud lobi antarabangsa sahaja secara berterusan sahaja.
• Malaysia tetap boleh berfungsi seperti biasa dan mengungguli hak asasi melalui undang-undang setempat dalam negara.
• Hanya kelihatan Malaysia ketinggalan dan ‘degil’ pada pandangan masyaraakat antarabangsa kerana 179 buah negara sudah menandatangani dan hanya negara kecil dan kurang dikenali antarabangsa sahaja yang mengabaikan ICERD.
• Malaysia mungkin dilihat tidak mesra hak asasi rakyat oleh antarabangsa.

2. Aspek positif dan negatif darinya

A. APA ASPEK POSITIF HASIL DARINYA?

• Perjuangan Human Right dalam negara dianggap kuat dan setiap aduan berkaitan hak asasi di dalam negara bakal menerima sokongan meluas oleh masyarakat antarabangsa yang mendesak perubahan.
• Setiap komitmen untuk ratifikasi akan ada bantuan tenaga dan lain-lain dari UN untuk memastikan ianya berjaya.
• Menandatangani dianggap dapat menarik pelaburan asing, lebih banyak political support serta tambahan dagangan kerana negara terbabit akan dianggap lebih telus dan mesra human right, justeru lebih bagus untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang.
• Keharusan membuat reservation dianggap cukup untuk memastikan hak tertentu seperti bumiputra, Islam dan seperti terjaga.
• Pencabulan hak asasi rakyat di pelbagai peringkat termasuk pejabat, sekolah, university, banduan di penjara, pesalah, mangsa tuduhan dan sebagainya bakal mendapat perhatian. Malah pihak antarabangsa turut boleh melakukan spot check di tempat berkaitan apabila wujud laporan atau kemungkinan wujud diskriminasi.
• Dengan adanya ICERD, semua melayu Islam dan kaum lain yang ditindas boleh mendapat sokongan lebih kuat dari pihak antarabangsa contoh pekerjaan tertentu yang tidak membenarkan bertudung, atau hanya khas berbahasa mandarin sahaja dan lain-lain.

B. APA ASPEK NEGATIF DARINYA?

• Melayan hegemony barat dengan tunduk kepada tafsiran hak asasi yang ditentukan oleh mereka mendahului tafsiran yang lain termasuk Islam.
• Appreciation of rights tailored to a different cultural context diminishes.
• Undang-undang dalam negara yang dilihat menggalakkan perbezaaan layanan akan dilobi secara kerap dari dalam dan luar negara untuk dipinda bagi memberikan beri kuasa kepada pelaksanaan treaty convention. Jika tidak pinda, mungkin akan ada unwelcomed surprise dari luar.
• Reservation terlalu banyak akan mengundang kejanggalan dan bantahan negara lain.
• Beberapa item mungkin kontroversi dan tidak termasuk dalam affirmative reservation menurut UN.
• Item yang disasarkan oleh ICERD hakikatnya boleh jadi sekadar illusonary sahaja kerana terlalu banyak negara yang menandatanganinya tetapi mereka masih tetap kelihatan mengabaikan sahaja perlakuan diskriminasi dalam negara mereka malah sebahagian besar mereka tidak pun menghantar laporan.
• Negara kita mungkin akan kerap dilawati pegawai UN yang berkunjung dan melobi pihak berkuasa, penyokong-penyokong tegar ICERD dan Menteri secara kerap agar apa-apa yang tidak digemari mereka dipinda dan dituruti, pun begitu tiada kuasa eksekutif ke atas kita.

KONKLUSI

• Tidak perlu tandatangani ICERD dan hanya perlu cukup dengan wujudkan konvension yang hampir sama dengan ICERD di peringkat OIC namun lebih mesra variasi bangsa dan hak sesebuah negara.
• Tidak perlu tandatangani ICERD dan hanya cukup dengan menambahkan lagi liputan dan hebahan antarabangsa dengan undang-undang tempatan yang digubal bagi menggungguli hak asasi dalam negara.
• Jika terpaksa menandatanganinya, cukup sekadar bersetuju untuk accession sahaja beserta dengan reservation iaitu peringkat paling awal yang bersifat semakan keserasian negara dengan ICERD itu (peringkat ini boleh mengambil masa 20 ke 30 tahun ATAU LEBIH sebenarnya) dan bukan persetujuan ratification yang lebih mengikat atau lebih menjemput tekanan lobi antarabangsa.
• Tidak boleh dinafikan ICERD memang BAIK untuk mana-mana golongan minoriti dalam mana-mana negara, kerna denganya mereka boleh menuntut lebih kesaksamaan layanan. Namun TIDAK PELIK juga golongan asal atau majoriti akan merasa tidak selesa kerana tuntutan kesamarataan tanpa had, bakal menghilangkan keistimewaan mereka termasuk hal agama jika tidak diletakkan dalam affirmative reservation.

Islam dalam hal ini memang menggungguli hak asasi namun neraca hak asasi dan keadilan yang dipakai oleh agama ada perbezaannya dalam beberapa hal dengan hak asasi yang didasari logika semata.

Adjunct Professor Dr Zaharuddin Abd Rahman
PRESIDEN MURSHID.

Infografik: Amalan-Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Berikut perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa menyambut perayaan yang diiktiraf oleh Islam ini.

Semoga kita dapat mengamalkannya bersama-sama supaya dapat menambahkan pahala di hari raya yang mulia ini.

Sila klik muka hadapan infografik di bawah ini untuk mendapatkan lebih banyak lagi!

Kami sangat berterima kasih jika album infografik ini disebarkan untuk manfaat semua.

aidilfitri perlu dilakukan_cover

 

Bantahan MURSHID Kepada Amerika Syarikat Mengenai Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Haram Israel

aqsa2

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) menyeru seluruh rakyat Malaysia, muslim dan non-Muslim untuk membantah keputusan Donald Trump, Presiden Amerika yang mengiktiraf BaitulMaqdis (yang dinamakan sebagai Jarusalem) sebagai ibu negara Israel yang baru serta bersetuju untuk memindahkan kedutaan Amerika ke kawasan terbabit.

Keputusan tersebut jelas, mengagalkan tindakan ‘hero’ Trump yang sebelum ini kononnya ingin menjadi jaguh memperdamaikan di antara kedua pihak Israel dan Palestin. Juga di antara dunia Islam dan US.

Banyak negara-negara dunia telah bersuara membantah terdiri dari pimpinan Muslim seperti parti Palestine Liberation Organisation (PLS) diketuai Fatah oleh pimpinannya Mahmoud Abbas, Turkey, Saudi, Jordan, Morocco, termasuk Al-Sisi dari Mesir turut membantah, begitu juga Iran dan juga Malaysia.

Tindakan tersebut juga dibantah oleh pimpinan negara France, Germany, Britain serta China dan Russia juga menyuarakan ketidakselesaannya serta inginkan perbincangan damai diteruskan, malah juga bercanggah dengan ketetapan United Nations dalam resolusi 478. Tindakan itu juga dikritik oleh Pope Francis mewakili Kristian Katholik.

Pengiktirafan ini juga jelas suatu elemen pengiktirafan terhadap keganasan yang dilakukan Zionis Israel dalam menceroboh dan merampas tanah Palestin hampir 80 % darinya dalam perang Arab-Israel pada tahun 1948 dan kemudian tahun 1967 merampas pula sehingga timur Baitul Maqdis.

Justeru, sama-samalah kita berdoa dan menyuarakan bantahan di semua jenis media yang boleh didengari samada media social atau lainnya. Semoga kedaulatan Tanah Palestine dan tanah suci umat Islam BaituMaqdis dapat dibebaskan dari perampasan zalim kerajaan Zionis Yahudi.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
MURSHID
7 Dis 2017

Utamakan Membantu Mangsa Banjir

Gambar sumber daripada Free Malaysia Today.

Gambar sumber daripada Free Malaysia Today.

Innalillahi wainna ilaihirajioun. Takziah diucapkan kepada semua mangsa banjir dan tanah runtuh di semua kawasan terlibat seluruh negara khususnya yang menerima kesan banjir terbesar kali ini seperti di Pulau Pinang.

Apapun puncanya, buat masa yang sukar ini, sebaiknya semua pihak

menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir dari sudut fizikal dan mental. Sebarang ‘serangan’ dengan pelbagai takwilan bagi menjustifikasikan musibah tersebut, wajarlah ditahan buat masa ini bagi menggandakan usaha membantu mangsa.

Syabas kepada semua agensi dan organisasi yang tangkas membantu mangsa banjir sama ada dengan huluran wang, barang makanan dan kegunaan asasi kepada mangsa banjir tanpa mengira agama, bahasa, bangsa mahu pun ideologi politik. Amatlah wajar perbezaan ini diketepikan sementara. Malah, ia menepati konsep Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa, akal dan harta benda.

Semoga urusan menghadapi musibah ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia

MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu ’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:

1. Prinsip Amanah

al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari)

2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan

“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)

Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);

3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)

Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah)

4. Prinsip Islah

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)

Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun .

Read the rest of this page »