Program

now browsing by category

 

Seminar Keibubapaan 2019

Ledakan maklumat yang diterima anak-anak di era Revolusi Industri 4.0 semakin meningkat. Ledakan maklumat tanpa batasan mampu memberikan kesan kepada mereka. Namun, adakah ini sebenarnya memberikan kebaikan atau kebinasaan?
Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan SEMINAR KEIBUBAPAAN 2019. Seminar ini bertujuan memberikan pencerahan dan penerangan kepada ibu bapa mengenai isu serta penyelesaian masalah berkaitan pendidikan anak masa kini. Antara topikyang disentuh ialah isu kefahaman reproduktif dan penggunaan Internet serta gajet.

Pembentang;
a) Bagaimana Menghadapi Soalan Anak Mengenai Isu Reproduktif?
Tuan Mohd Fairuz Abu
MFA Consultancy
b) Cara Mendisiplinkan Anak-Anak dengan Gajet & Internet
Tuan Nor Firdaus Norzaini
NF Cahaya Resources
c) Figura Bapa dalam Surah Luqman
Ustaz Dr. Shauqi Othman
UPM Serdang

Butiran Program;
Tarikh: 19 Januari 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am – 4.00 pm (Makanan tengah hari disediakan)
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
(Hadapan SMK Sungai Pusu, Gombak)
Yuran Penyertaan: RM20 seorang

Pautan borang penyertaan: http://tiny.cc/seminarkeibubapaan2019
Tempat terhad, hanya untuk 60 terawal sahaja
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

poster baru with USHAUQI

Seminar Pengurusan Jenazah Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) dan Surau Al-Mukmin, Mutiara Gombak bersama-sama menganjurkan:

SEMINAR PENGURUSAN JENAZAH BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Tarikh: 8 Disember 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi: Surau al-Mukmin, Mutiara Gombak, Jalan Gombak.
Pemudahcara: Ustaz Amir Muttaqin Abd Ghani

Yuran penyertaan: RM30 seorang
Terbuka kepada kaum muslimin sahaja
Sarapan & makan tengah hari disediakan

Pautan borang penyertaan: http://tiny.cc/bengkelurusjenazah

Tempat terhad dan hanya untuk 60 orang terawal sahaja.

draf 4

Bengkel Asas Adobe Photoshop

Cuti sekolah akan tiba! Ibu bapa runsing kerana tiada perancangan untuk aktiviti anak-anak?

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) menganjurkan BENGKEL ASAS ADOBE PHOTOSHOP sempena cuti sekolah. Bengkel ini terbuka kepada umur 12 hingga 17 tahun sahaja.
Tetapi tempat terhad, hanya 20 orang per sesi.

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM30 seorang.
Tenaga pengajar pula individu yang mahir dan berwibawa iaitu (Bro Shafiq)

Anda boleh pilih salah satu sesi untuk menyertai
Selasa (4 Disember 2018)
atau
Khamis (6 Disember 2018)

Masa: 8.30 am hingga 4.00 pm
Tempat: Dewan MURSHID, Taman Mutiara Gombak
Makan tengah hari disediakan.

Borang pendaftaran: http://tiny.cc/bengkelphotoshop

Pihak kami mengalu-alukan sebaran dibuat bagi manfaat semua. Kami mendahulukan ucapan terima kasih di atas bantuan diberikan.

new poster

 

Seminar Fardu Ain Wanita 2.0

Disember ini, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) bakal menganjurkan SEMINAR FARDU AIN WANITA 2.0
.
Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai isu thoharah (bersuci) untuk wanita. Penyertaan seminar ini dikhaskan hanya untuk wanita sahaja.
.
Topik dibincangkan
1. Mengenali Bendalir Dalam Badan
Disampaikan oleh Ustazah Maznah Daud
2. Tatacara Bersuci Secara Sempurna (Beristinjak, Wuduk, Tayammum dan Mandi)
Disampaikan oleh: Ustazah Noorshahira Ghazalli
.
Tarikh: 1 Disember 2018
Masa: 8.30 AM – 1.30 PM
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan MURSHID, Gombak
Yuran penyertaan: RM20 seorang
Pautan borang pendaftaran: http://tiny.cc/seminarfarduainwanita2
.
Tandakan kepada kalendar anda!

OFFICIAL

Seminar Mudahnya Memahami Hadith

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) akan mengadakan Seminar Mudahnya Memahami Hadith pada Oktober ini. Seminar ini bertujuan memberikan penerangan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai Hadith yang menjadi antara sumber rujukan utama kepada umat Islam.

TOPIK & PENCERAMAH:
1) Kaedah Mempelajari Hadith Dengan Tepat & Betul
Ustaz Dr. Kamilin Jamilin
2) Pengenalan Asas Ilmu Jarh & Ta’dil Serta Keperluan Masa Kini
Ustaz Dr. Umar Mohd Noor
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
3) Aliran Kritik Hadith & Kesannya
Ustaz Dr. Umar Mohd Noor
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

BUTIRAN PROGRAM:
Tarikh: 21 Oktober 2018
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Yuran komitmen: RM10 seorang.
Makanan disediakan
Tempat terhad
Penyertaan 100 peserta terawal sahaja
Tarikh tutup penyertaan pada 7 Oktober 2018 (Ahad).

PAUTAN BORANG PENDAFTARAN:
http://tiny.cc/seminarfahamhadith

FINAL POSTER 2