Category: Program

Projek Sumbangan Buku Islamik – Jun 2019

Alhamdulillah, Projek Sumbangan Buku Islamik 2019 diteruskan bagi sesi Jun.

Projek ini bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah yang terpilih ialah sekolah yang terletak di luar bandar atau pedalaman. Sekolah yang baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan ini.

Projek ini diadakan juga bagi mengeratkan hubungan di antara badan bukan kerajaan, syarikat penerbitan buku dan institusi pendidikan. Projek ini juga menyahut saranan Malaysia Membaca.

Kali ini 3 buah sekolah di sekitar daerah Raub, Pahang telah terpilih menerima sumbangan buku daripada MURSHID. Sumbangan telah dibuat pada pagi ini di sekolah terpilih. Sekolah terpilih ialah SMK Sega, SK Chenua dan SK Sega.

Setiap sekolah rendah akan menerima sumbangan buku bernilai kira-kira RM500. Manakala, setiap sekolah menengah akan menerima sumbangan buku bernilai RM1000. Terima kasih kepada para penyumbang derma, Pejabat Pendidikan Daerah Raub dan para penerbit buku yang menjayakan Projek Sumbangan Buku Islamik ini.

#MURSHID
#MALAYSIAMEMBACA

Raub SMKSega (2)

Raub SMKSega (1)

Raub SKChenua (1)

Raub SKChenua (2)

Raub SKSega (1)

Raub SKSega (2)

Projek Sumbangan Buku Islamik – Mei 2019

Sekitar sesi Projek Sumbangan Buku Islamik di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak, Selangor. Buku ini dibeli daripada penerbit setelah menerima derma daripada orang ramai.

MURSHID telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim dan Eksekutif, Sdr. Ahmad Loqman Izzat Mat Pozi. Sebelum sesi serahan, warga SRAI Sg. Chinchin telah diperdengarkan tazkirah ringkas daripada Ustaz Abdullah Bukhari mengenai hobi membaca bahan bacaan berkualiti.

Projek ini bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah yang terpilih ialah sekolah yang terletak di luar bandar atau pedalaman. Sekolah yang baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan ini.

Projek ini diadakan juga bagi mengeratkan hubungan di antara badan bukan kerajaan, syarikat penerbitan buku dan institusi pendidikan. Projek ini juga menyahut saranan Malaysia Membaca.

Setiap sekolah rendah akan menerima bahan bacaan sebanyak RM500. Bahan bacaan ini akan diletakkan di pusat sumber sekolah untuk dimanfaatkan.

Alhamdulillah, projek Sumbangan Buku Islamik ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang. Terima kasih kepada para penderma, semoga Allah swt membalas jasa kalian dengan kebaikan daripada-Nya.

#MURSHID
#MALAYSIAMEMBACA

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (1)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (2)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (3)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (4)

 

Agihan Asnaf Ramadhan 1440H

Sekitar program Agihan Keperluan Asasi Ramadhan bagi kategori mualaf. Program ini merupakan kerjasama di antara MURSHID dan Hidayah Center Foundation. Seramai lebih 70 penerima telah menerima barangan keperluan asasi bernilai hampir RM100 setiap seorang.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

AAR (1)

AAR (2)

AAR (3)

Sumbangan Wang kepada Pelajar Malaysia di Jordan

Alhamdulillah, wang sumbangan orang ramai sebanyak RM86,800 telah diserahkan kepada pelajar Malaysia melalui wakil persatuan pelajar Malaysia di Jordan. Wang sumbangan itu akan diagihkan kepada 45 orang pelajar yang telah dikenalpasti dan layak (seperti mana dalam gambar senarai nama tetapi telah dikaburkan bertujuan menjaga privasi mereka).

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, moga ia menjadi pemberat amal soleh di dunia dan akhirat.

UZAR KE JORDAN

UZAR JORDAN 2

Penangguhan Program Diskusi Hala Tuju Lepasan SPM, STPM & STAM

PENGUMUMAN

Dimaklumkan program Diskusi Hala Tuju Lepasan SPM, STPM & STAM yang dijadualkan pada Khamis (25 April 2019) ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak.

Kedua, program Seminar Fiqh Ramadhan & Isu Kesihatan Semasa yang akan diadakan pada Ahad (28 April 2019) terpaksa dibatalkan disebabkan perkara tidak boleh dielakkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.