Uncategorized

now browsing by category

 

Tahniah Kerajaan Baru Malaysia

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana berjaya meraih mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada baru-baru ini.

Syabas juga diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7.

Semoga amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dapat dilaksanakan dengan baik serta cemerlang dalam penggal kali ini.

poster tahniah PRU14

Selamat Hari Guru 2018

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua barisan guru di pelbagai institusi pendidikan di negara kita. Semoga terus istiqamah dalam mendidik pewaris ummah yang diamanahkan.

hguru

Ceramah Perdana: Israk & Mikraj

MURSHID akan mengadakan Ceramah Perdana: Israk & Mikraj pada 13 April 2018 (Selepas solat Maghrib). Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Syihabudin Ahmad di Surau al-Mukmin, Mutiara Gombak.
Muslimin & Muslimat dijemput hadir dan masuk percuma.

POSTER USYIHA ISRA MIKRAJ PURPLE

Seminar Fardu Ain Wanita

MURSHID bakal menganjurkan Seminar Fardu Ain Wanita pada Mac 2018. Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai isu thoharah (bersuci) dan solat untuk wanita. Penyertaan seminar ini khas untuk wanita sahaja.

Berikut merupakan butiran seminar:
Tarikh: 3 Mac 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am – 1.00 pm
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
Had umur peserta: 12 tahun dan ke atas sahaja

============
PENCERAMAH
============
Ustazah Maznah Daud
1) Mengenali Bendalir daripada Badan dan Jenis-Jenis Air
2) Tatacara Bersuci dengan Sempurna

Ustaz Noorshahira Ghazalli
Perbezaan Solat Wanita dengan Lelaki

YURAN KOMITMEN: RM10 seorang.
Tempat terhad 40 orang terawal sahaja.

Pautan pendaftaran
http://tiny.cc/seminarfarduainwanita

SEMINAR WANITA POTRAIT

Kuliah Fiqh Kewangan Disember 2017

MURSHID dengan kerjasama Surau al-Mukmin, Mutiara Gombak, Gombak akan mengadakan Talaqqi Fiqh Muamalat: Kitab al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie karya Prof. Dr. Muhammad Az Zuhayli.

Talaqqi ini akan disampaikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Program ini diadakan pada esok (Sabtu, 23/12/2017) pada selepas solat Maghrib di Surau-al Mukmin, Mutiara Gombak KM11 Jalan Gombak.

FIQH KEWANGAN JAN