JOM SINARI RUMAH KITA DENGAN SURAH AL-ISRA’ DAN AL-NAJM

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Para ulama’ sejarah dan hadith masih berselisih pandangan tentang TARIKH SEBENAR nabi naik ke langit. Pun begitu pandangan popular adalah 27 Rejab. Setahu saya tiada amalan khusus untuk malam Israk Mikraj.

Apa kata saya cadangkan kita semua ambil masa lepas maghrib nanti baca 2 surah yang berkait rapat dengan peristiwa Israk dan Mikraj iaitu surah al-Isra’ (surah ke 17 yang panjangnya hampir sejuzuk) dan surah al-Najm (surah ke 53 yang sederhana panjangnya).

Mudah2an malam ini terisi dengan zikir mengingati peristiwa Israk dan Mikraj melalui al-Quran. Jangan salah faham! Ini sekadar cadangan alternatif.




Comments are Closed