KESAN RIWAYAT ISRA’ILIYYAT BUKAN MAIN-MAIN, TAK KENA CARA BOLEH ROSAK AQIDAH

Oleh: Ustaz Zahiruddin Zabidi

Ya, ada riwayat Isra’iliyyat jelas bercanggah dengan Syariat Islam khususnya Aqidah Tawhid.

Kesannya boleh melarat sehingga berlakunya ibadah atas nama ‘apa salah, benda baik’ atau sangkaan ‘takkan Allah masukkan kita ke neraka sebab percaya dan buat begini’.

Ya, sebahagian daripada Isra’iliyyat sebagaimana juga Hadith Mawdu’ boleh menyebabkan Bid’ah dalam Aqidah dan Ibadah, bukan sekadar Adat.

Ia saling berkaitan antara satu sama lain.

Contohnya, pernah tidak kalian masuk mana-mana kedai India Muslim atau Melayu, terlihat di dinding dekat kaunter ada gambar lama yang sudah kusam – kuda bersayap dan berbadan manusia!?

Bila ditanya apakah itu? Tanpa segan dijawab itulah Buraq yang Rasulullah SAW tunggang malam Israk wal Mikraj.

Kenapa gantung di sana? Untuk murah rezeki. Macam ayat Seribu Dinar dan seumpamanya.

Biar betul? Apakah ada dalam mana-mana ayat al-Quran dan Hadith Sahih sebut begitu? Jika ada mana riwayatnya? Jika tiada dari mana riwayat tentang rupa Buraq yang semacam Pegasus itu muncul?

Dalam tradisi kesimusasteraan Melayu klasik ada sebuah karya berjudul Hikayat Israk wal Mikraj, ia sudah dikaji dan diterbitkan semula oleh penerbit universiti luar negara. Pernah baca tak!?

Naskhah tersebut memang menjadi bacaan rasmi di Alam Melayu tatkala menjelang 27 Rejab saban tahun kerana dikatakan pada malam itulah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Benarkah!?


Comments are Closed