Konsep Wasatiy

Hasil dari Pertemuan Sebahagian Para Ustaz & Da’i Malaysia yang dianjurkan sejak 26 Mei 2011 yang lalu, telah beberapa kali pertemuan ( sekitar 6-7 kali) dan hasil perbincangan yang berlangsung, fokus perbincangan kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu-ilmu Islam berteraskan displin yang sederhana pada penghayatannya namun jitu pada prinsipnya.

Menyedari umat Islam yang cintakan kebaikan dan Islam kini sedikit keliru disebabkan begitu banyak sumber yang wujud, dari pelbagai medium seperti internet, buku, majalah, blog, facebook, ceramah, fatwa dari dalam dan luar Negara, maka menurut observasinya, didapati lambakan sumber-sumber ilmu sebegini, yang sebahagiannya masih mentah (raw), belum sedia dijamah oleh orang awam tapi telah dijamahnya lalu mengakibatkan kelencungan dalam pola pemikiran dan pendekatan serta kefahaman.

Atas kesedaran dan tanggungjawab serta kepercayaan sebahagian masyarakat terhadap sebahagian besar di antara kami adalah menjadi kewajiban atas kami untuk membantu menyebarluaskan pendekatan kefahaman ilmu-ilmu Islam yang kami yakini sesuai serta baik (jika bukan yang terbaik) pada penilaian ilmu kami yang serba sederhana.

PENDEKATAN WASATIY?

Hari ini, semakin banyak pihak yang cuba menisbahkan nama ‘sederhana’ dan wasatiy kepada mereka dan kumpulan mereka. Bagi kami, terpulanglah kepada niat dan ilmu masing-masing, Cuma pastinya semua kita berhak untuk menyebarluaskan kefahaman atas penilaian ilmu masing-masing dengan cara yang terbaik lagi tersusun. Terpulanglah kepada mad’u untuk memilih dan menerima mana yang terlebih baik.

Dalam menentukan dan menta’yinkan pendekatan wasatiy yang dimaskudkan oleh kami, kami cenderung untuk bersetuju dengan model wasatiy yang dijelaskan dengan lebih terang lagi jelas oleh Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, yang sama antara lainnya menentukan sikap seperti berikut:-

Asas Wasatiy di ambil firman Allah swt :-

كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. (Al-Baqarah : 143)

Wasatiy yang kami yakini adalah kesepaduan yang positif dalam segenap aspek lapangan kehidupan, sama ada dari sudut aqidah, amalan fizikal dan spriritual, individu dan kumpulan.

Kami meyakini bahawa ghuluw atau ekstremism dalam agama bakal merosakkan individu atau kumpulan, sebagaimana disebut Nabi

إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Ertinya : Jauhilah melampau (ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama ( Riwayat IBn Majah dan An-nasaie dengan sanad yang sohih)

Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada  yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang  melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
  • Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.

Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya, walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil hal cabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya, namun prinsip asas dan umumnya adalah sama dan sepakat di antara kami.

Kami sepakat kami perlu berakhlak dalam mengendalikan perbezaan idea, pendekatan dan analisa hukum.

Kami sepakat jiwa yang luhur, ikhlas lagi bersih amat penting dalam melahirkan ilmuwan yang soleh dan masyarakat yang baik.

Kami sepakat bahawa guru-guru kami memainkan peranan penting dan memberi bekas terhadap cara gaya dan pendekatan dakwah kami, justeru carilah ramai guru agar tidaklah kita terikut hanya dengan satu acuan dan pendekatan, agar kita mampu melakukan perbandingan yang lebih adil. Membuka minda tidak tertutup.

Kami sepakat bahawa hal yang asas dan prinsip khususnya di dalam bab aqidah dan ibadat tidak boleh bersifat anjal dalam banyak perkara.

Kami juga yakin dan seakat bahawa kemahiran, penghayatan dan kedalaman seseorang ilmuwan di dalam ilmu Usul Fiqh (khususnya dalalah al-alfaz) dalam memahami Al-Quran & Al-Hadis mampu memberi kesan yang besar kepada pendekatannya, sama ada di dalam bab aqidah, ibadah, siyasah, muamalat dan lainnya. 

Kami juga sepakat lagi menyedari bahawa ilmu kami adalah sederhana, namun dengan pertemuan kerap di antara para ustaz dan dai’ ini diharap mampu menampung sebahagian besar kelemahan kami di antara satu sama lain, seterusnya mampu mencipta persepakatan , menambat ukhuwwah dan memudahkan jalan untuk menggerakkan dakwah kepada ummah yang kini semakin ramai yang mendambakan bimbingan dan ilmu.

Justeru, melalui organisasi MURSHID ini, kami amat berharap dapat menghasilkan ‘blue print’ utama untuk membantu masyarakat dari segenap latarbelakang dari sudut mendapat kefahaman yang baik terhadap pelbagai aspek ilmu Islam.

Setakat keupayaan masa yang ada antara topik yang akan sentiasa dibincangkan adalah

  1. Aqidah dan pendekatan ilmunya
  2. Ibadah
  3. Kefahaman teks Al-Quran dan Al-hadith
  4. Kewangan dan ekonomi
  5. Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs)
  6. Politik (Siyasah)
  7. Gaya Hidup
  8. Pendidikan
  9. Kefahaman khazanah silam (turath)
  10. Dakwah

Moga Allah memberkati kita semua,
Anggota MURSHID

3 Comments  to  Konsep Wasatiy

  1. che adenan bin mohammad says:

    satu pendekatan dan aliran pemikiran yang terbaik bagi saya dalam keadaan umat islam lemas di dalam lubuk pemikiran dan pendekatan yg pelbagai

  2. Nurul Erna Dewi Binti Mohd Said says:

    Assalammualaikum Pihak MURSHID,

    Saya Erna mewakili Badan Kebajikan Islam Telekom ingin menjemput pihak MURSHID sebagai konsultan untuk mengendalikan Konvensyen Muslimah TM 2013 yang akan
    Diadakan pada 19-21 Jun 2013 bertempat di Hotel De Baron, Langkawi.

    Objektif program ini ialah : –

    1. Mendedahkan matlamat sebenar sebuah kehidupan.
    2. Memberi pendedahan tentang jalan-jalan ibadah bagi membantu mencari rahmat Allah.
    3. Mendekatkan diri kepada Allah melalui pemantapan Kefahaman dan penghayatan Islam.
    4. Merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli BAKIT Pusat dengan BAKIT negeri-negeri.

    Bersama –sama ini juga disertakan tentatif program untuk rujukan pihak tuan;

    Tarikh Masa Aturcara
    18 Jun 2013
    (Selasa) 11.00 pm Berkumpul di Menara TM
    Bertolak ke Jeti Kuala Perlis
    19 Jun 2013 (Rabu) 05.40 am
    09.00 am
    12.00 pm

    02.30 pm
    03.30 pm

    05.00 pm
    05.30 pm
    07.30 pm
    08.00 pm
    08.30 pm

    11.00 pm
    11.15 pm Solat subuh / Sarapan
    Bertolak ke Pulau Langkawi
    Pendaftaran di Hotel
    Check-in / Makan Tengahari / Solat Zohor
    Majlis Perasmian
    Pembentangan Kertas Kerja 1
    Tajuk : TBD
    Penceramah : TBD
    Minum Petang / Solat Asar
    Taaruf & Pembahagian Kumpulan
    Solat Maghrib Berjemaah
    Makan Malam
    Pembentangan Kertas Kerja 2
    Tajuk : TBD
    Penceramah : TBD
    Minum malam
    Bersurai (Acara Bebas)

    20 Jun 2013
    (Khamis) 04.15 am
    05.45 am
    06.00 am

    07.30 am
    09.00 am

    10.30 am
    11.00 am

    12.30 pm
    02.30 pm

    04.00 pm
    05.30 pm

    07.30 pm
    08.00 pm
    08.30 pm

    11.00 pm
    11.15 pm Qiamullail
    Solat subuh berjemaah
    Kuliah subuh
    Tajuk: TBD
    Penceramah: TBD
    Sarapan Pagi
    Pembentangan Kertas Kerja 3
    Tajuk: TBD
    Penceramah: TBD
    Minum Pagi
    Pembentangan Kertas Kerja 4
    Tajuk: TBD
    Penceramah: TBD
    Makan Tengahari / Solat Zohor
    Pembentangan Kertas Kerja 5
    Tajuk: TBD
    Penceramah: TBD
    Minum Petang / Solat Asar
    Santai Bersama ……
    Penceramah : TBD
    Solat Maghrib Berjemaah
    Makan Malam
    Pembentangan Kertas Kerja 6
    Tajuk : TBD
    Penceramah : TBD
    Minum malam
    Bersurai (Acara Bebas)

    21 Jun 2013 (Jumaat) 05.45 am
    06.00 am

    07.30 am
    09.00 am
    10.30 am

    06.00 pm Solat subuh berjemaah
    Kuliah subuh
    Tajuk: TBD
    Penceramah: TBD
    Sarapan Pagi
    Majlis Penutup
    Minum Pagi
    Check out
    Acara Bebas
    Bertolak balik ke Kuala Lumpur
    Tertakluk kepada pindaan oleh jawatankuasa penyelaras.

    Jika ada sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh terus menghubungi saya di talian 013 3922484.

    Sekian. Terima kasih.

    Barakallah.

  3. Assalamualaikum pihak Murshid.Saya kamarulzaman Muhamad,penyelidik dan penerbit di mobtv.ingin menjemput salah seorang panel untuk bersama dalam rancangan bual bicara Let’s Talk bagi membincangkan Konflik Mesir :Agenda terancang Barat?

    Objektif rancangan

    1.Melihat dan memahami konflik politik Mesir selepas Arab Spring.

    2.Pengajaran bahawa umat islam perlu bersatu walau berbeza ideologi politik.

    3.Memahami percaturan barat dalam merosakkan negara-negara islam dari sudut sosial dan pemerintahan.

    Di harapkan pihak Murshid sudi dengan pelawaan kami.

    saya boleh dihubungi di talian 0196071897.

    Assalamualaikum…

Leave a Reply

Your email address will not be published.