Konvensyen Keluarga Islam Selangor 2017

Pada 15 Oktober 2017, MURSHID dengan kerjasama Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor serta 9 Badan Bukan Kerajaan Islam (NGO-I) Negeri Selangor menganjurkan Konvensyen Keluarga Islam Selangor.

Konvensyen ini bertujuan menerangkan dan memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai cabaran semasa dalam institusi kekeluargaan. Seramai tiga orang pembentang telah membentangkan kertas kerja mereka.

Pembentang kertas kerja tersebut ialah Tuan Afyan Mat Rawi (Infaq Consultancy), Ustaz Muhamad bin Abdullah (Ustaz Muhamad al-Amin, Pesona D’ Zahra IKIM.FM). Selain itu, Dr. Harlina Halizah Siraj dari UKM juga membentangkan kertas kerja.

Konvensyen ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAIS (Operasi), Ustaz Mohd Basori bin Omar.

KKIS_1 (3)

KKIS_1 (2)

KKIS_1 (1)

KKIS_1 (4)

KKIS_1 (5)


Comments are Closed