LAILATUL QADAR & PELBAGAI PERSOALAN RINGKAS PADAT

Oleh: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Adakah mesti dapat anda dan apa tandanya? Apa patut doa dalam kejar lailatul qadar, Apa patut buat untuk dapatkannya? Bagaimana jika ada wanita sedang haid? Masa maqbul doa itu sekejap sahaja atau bagaimana?

Apa Perlu diLakukan Untuk Dapat Kelebihannya?

Sangat banyak yang boleh dilakukan antaranya yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah adalah

1) Solat fardhu berjemaah.

2) Solat sunnat Rawatib selepas solat Fardhu. Solat sunat Fajar sebelum solat Subuh.

3) Berdoa sewaktu sujud dan sebelum tahiyyat akhir sewaktu solat, khususnya ketika sedang berpuasa dan solat malam.

4) Bertaubat kepada Allah swt bersungguh-sungguh dan juga memulangkan hak manusia yang dirampas, dicabuli, dizalimi.

5) Minta maaf tehadap mangsa umpatan dan fitnah kita dengan bersungguh-sungguh. Pulang wang mangsa jika ia melibatkan wang dan harta atau meminta halal.

6) Memperbanyakkan sedeqah, dewasa ini ia boleh dilakukan dengan transfer online ke NGO yang diketahui menunaikan amanah menyampaikan kepada faqir miskin.

7) Solat tahajjud dan solat taubat.

8) Istighfar dan taubat pada waktu sahur dan berusaha menitiskan air mata keinsafan dan penyesalan.

9) Berbuat kebajikan terhadap ibubapa, suami dan isteri serta anak-anak.

10) Mengulang hafalan al-Quran dan menambah bacaan al-Quran.

11) Mengikat niat untuk melaksnakan pelbagai jensi kebajikan dan sematkan azam untuk melaksanakannya apabila mampu kelak, Kerana niat mukmin turut digangjjari.

12) Menghentikan membuang masa sia-sia dan perkara haram, lucah, filem dan video kurang faedah.

13) Berubahlah kepada lebih baik dengan pelbagai cara, antaranya dengan mula bertudung dan menutup aurat serta mengentikan caci maki dan perbalahan sama ada akibat kaum, kenegerian, bangsa atau politik dengan maki hamun dan sangka buruk serta fitnah keji.

14) Berkongsi hal-hal baik dan mengingatkan diri dan rakan kepada akhirat dan Allah swt.

15) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam

16) Beriktikaf di masjid ( namun tidak dapat dilakukan musim COVID 19 ini )

dan banyak lagi dan semua di atas..PERLU DIINGAT, semua jenis kebajikan akan diganda berkali-kali ganda di malam al-qadar..degnnay kita berharap layak mendapat pengampunan, dibebaskan dari neraka dan layak mendapat rahmat Allah swt.

BACA KESELURUHAN ARTIKEL DI LINK BERIKUT :

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/608-berkenaan-lailatul-qadar-jangan-lepaskannya.html?fbclid=IwAR0o7euD-yDKqbiPl1GrjHH6QgKq60DXXzxPrE3T2oUy0zson89KmO1BYI4

96547466_3183879804985014_8369504754266537984_n




Comments are Closed