Lawatan Muhibah ke Hospital Kuala Kubu Bharu

Semalam (8 Februari 2018), MURSHID dengan kerjasama Sahabat Hospital Selangor Cawangan Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
 
MURSHID telah diwakili Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abd Kadir dan Sdr. Ahmad Loqman Izzat Mat Pozi. Lawatan ini turut disertai oleh JKKK Mukim Kuala Kubu Bharu / Rasa.
 
Lawatan ini bertujuan menyantuni pesakit di Hospital Kuala Kubu Bharu. Pihak MURSHID juga memberikan sedikit sumbangan kepada para pesakit di hospital tersebut.
 
Semoga pada masa hadapan, pihak MURSHID diberi kemudahan untuk mengadakan lawatan sebegini pada masa hadapan.
Lawatan Muhibah_KKB (1)
Lawatan Muhibah_KKB (2)
Lawatan Muhibah_KKB (3)
Lawatan Muhibah_KKB (5)
Lawatan Muhibah_KKB (4)

Comments are Closed