LIVE USTAZ DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

BULAN RAMADHAN adalah bulan Al-Quran juga. YA ALLAH jadikan Al-Quran cahaya dalam dada kami, dan seperti air yang menyirami hati kami (agar hidup). Pengilang keseidahan dan kerungsingan kami. Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Ertinya : “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur’an) maka ia akan beroleh satu kebaikan, dan kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali. Tidaklah aku katakan bahawa ‘Alif, Lam, Mim itu satu huruf, akan tetapi ‘Alif itu satu huruf, Mim itu satu huruf, Mim itu satu hurud.” [ At-Tirmidzi]
Baginda berkata lagi :
مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
Ertinya : “Perumpamaan orang membaca Al Quran sambil ia menghafalnya, (ganjarannya) ia akan bersama para Malaikat mulia. Perumpamaan seorang yang membaca Al Quran dengan bersungguh, sedangkan ia mengalami kesukaran membacanya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala.” [Al-Bukhari].
Nabi juga bersabda :
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Ertinya : “Bacalah Al Qur`an, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” ~ [ Muslim.]
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ
Ertinya : “Sesungguhnya Allah akan memuliakan kedudukan suatu kaum dengan kitab ini (Al Qur`an) dan menghinakan yang lain dengan al-Qur’an.” [Muslim]
Ambillah peluang besar di bulan Ramadhan untuk lebih banyak berdamping dengan al-Quran. Ambillah peluang cuti tanpa dipinta MCO ini untuk memanfaatkan ibadah kita sebanyaknya.

Comments are Closed