Majlis Al-Quran (1 Rabiulawal 1440H)

1 Rabiulawwal 1440H

Firman Allah SWT:

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ ۚ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ عَسَى اللَّهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلًا [النساء : 84]

Ertinya: “Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.” (Surah An-Nisaa’: 84)

Keterangan Ayat:

1. Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW supaya berjihad di jalan Allah! Walaupun hanya seorang diri!

2. Allah SWT memerintahkan Baginda supaya memberikan galakan kepada orang-orang yang beriman agar turut serta berjuang!

3. Allah SWT akan memberi bantuan kepada Baginda! Menahan serangan musuh! Allah Maha Kuat! Amat berat azab seksaNya!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

Antara Petunjuk Ayat:

1. Rasulullah SAW bukan hanya penyampai wahyu! Bahkan Baginda orang pertama yang melaksanakan perintah wahyu!

2. Rasulullah SAW ditugaskan untuk menyampaikan perintah Allah kepada orang yang beriman! Baginda tidak ditugaskan untuk memaksa mereka!

3. Rasulullah SAW dan Para Sahabat telah diberi bantuan oleh Allah SWT dalam banyak peperangan! Kerana ketaatan mereka kepada perintah Allah!

Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita menjadi orang pertama yang melaksanakan perintah Allah! Jangan sekadar menyampaikan perintah!

2. Hendaklah kita menyampaikan perintah Allah kepada orang yang beriman! Kita tidak ditugaskan untuk memaksa mereka!

3. Hendaklah kita beriman dan taat kepada Allah! Bantuan Allah amat hampir kepada orang yang beriman!

Ya Allah jadikanlah kami orang pertama yang melaksanakan perintahMu, kurniakanlah kepada kami bantuan pertolonganMu. Aamiin.

والله أعلم

Ustaz Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
MURSHID

« (Previous Post)

Comments are Closed