MAJLIS SERAHAN BANTUAN ASASI KE BAIT AL-RIZQ MASJID WILAYAH DAN BANTUAN MEDIK COVID-19

Sekali lagi pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) mengagihkan bantuan hasil sumbangan orang ramai yang diterima MURSHID. Kali ini kami menyerahkan bantuan barangan makanan asasi berupa 100 set beras, tepung, minyak masak dan gula kepada pihak Masjid Wilayah Persekutuan untuk agihan kepada warga PPRT di sekitar Kuala Lumpur.

Pihak MURSHID diwakili oleh Presiden, Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, manakala Masjid Wilayah diwakili oleh Us Zakaria Yahya. Imam / Penolong pengarah Masjid Wilayah Persekutuan.

Terima kasih kepada semua penderma dan alhamdulillah sumbangan kalian untuk manfaat penerima sewaktu PKP ini telah pun kami agihkan sebaiknya menurut amanah yang diberi. Sumbangan hari ini juga sebahagian besarnya datangnya dari Puan Aishah Jeddahood. Jazakumullah khairan kathira.

Lebih RM 60,000 lebih diagihkan kepada HUKM dalam bentuk alatan perubatan dan topeng muka, manakala baki adalah dalam bentuk makanan asasi kepada Masjid Wilayah.

Jikalau anda masih ingin menderma, boleh teruskan derma ke MURSHID, jika cukup jumlah, kami akan ke hospital lain pula untuk memberi bantuan kepada barisan hadapan. Insha allah.

Sebarang sumbangan wang boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Bagi tujuan rujukan sila letakkan butiran transaksi sebagai “covid” sewaktu membuat transaksi kewangan dalam talian. Ini bagi memudahkan pihak kami menguruskan sumbangan tersebut.

Sekian melaporkan.

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat.
10 April 2020

4 1 93380677_1854593844676281_4614537219581935616_n 92692621_1854593874676278_3042953920847544320_n 92940641_1854602498008749_8845094381397475328_n




Comments are Closed