MANUSIA JAHIL BICARA TENTANG AGAMA DI KALA COVID 19

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Pagi ini hati sebak menonton rayuan petugas KKM yang disebarkan melalui sebuah video. Besar sungguh pahala dan pengorbanan mereka. Terus saya teringat gambar yang dihantar oleh adik beradik di kg saya pada 21 Mac lalu memaparkan sekumpulan ORANG JAHIL yang berdegil untuk terus solat berjemaah di Masjid. Apabila ditegur, selamba mereka kata:

“KAMI CUMA TAKUTKAN ALLAH!”

Masalahnya kalau kamu sakit atau bawa jangkitan, kamu akan susahkan orang lain…! Jangan sampai menyusahkan orang. Pastinya kamu semua tak lebih alim atau takutkan Allah pun berbanding PARA SAHABAT NABI dalam kisah penularan wabak pada zaman Sayyidina Umar.

Elok benar kalau manusia sebegini ditangkap dan diletakkan di Hospital bersama para petugas..biar mereka lihat sendiri bagaimana LETIH DAN KRITIKALNYA SITUASI para petugas KKM.

Setelah melihat kebodohan dan kedegilan sebegini saya sangat sokong penglibatan pihak polis dan tentera. Benarlah firman Allah yang mengatakan PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SANGAT PENTING BAGI MENYEKAT KEJAHATAN DAN KEBODOHAN SESETENGAH PIHAK:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ

Ertinya: Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman, PUNYAI KUASA dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam (al-Baqarah 2:251).

Jangan marah saya kerana status ini…kerana saya sedang marah!! Marah kepada orang yang jahil agama sehingga mengundang bencana kepada orang lain.


Comments are Closed