METAFORA DI MALAM NISFU SYA’BAN

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Status yg sama pernah dibuat pd bulan Syaaban tahun lps….pastinya post ini akan senantiasa berulang selagi langit & bumi masih berdiri 😊

Tersebut al-Kisah….

Pada malam Nisfu Sya’ban, Ahmad pulang kerja agak kelewatan. Ibunya menghantar sms memintanya membaca YASIN SEBANYAK 3 KALI.

Selesai mandi & solat Isyak beliau mengambil surah Yasin dan membacanya…baru 2-3 ayat dibaca surah Yasin Ahmad terlena…

Tiba2 Ahmad tersedar dan mendapati dirinya berada dalam sebuah taman yg sangat indah. Di gerbang taman itu tertulis TAMAN AL-QURAN..Ahmad disapa oleh ramai makhluk cantik bernama al-Baqarah, al-Zukhruf, Ghafir, al-Dhariyat, al-Najm, al-Insyiqaq, Fussilat, Yunus, al-Ra’d, al-Hijr, al-Hujurat dan sebagainya.

Makhluk yg bernama al-A’raf berkata: Kami penghuni taman ini berjumlah 114 dan masing2 mempunyai kelebihan tersendiri kerana kami adalah KALAMULLAH, namun orang Melayu hanya tertumpu pada Yasin saja.

Ahmad lalu berpaling dan mendapat RAMAI SEKALI ORANG MELAYU BERKERUMUN MENGELILINGI MAKHLUK YG INDAH BERNAMA YASIN SAHAJA…

Ahmad tiba2 tersedar dari tidurnya…dgn Surah Yasin masih melekat di dadanya.




Comments are Closed