NABI YUSUF عليه السلام DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
Oleh: Ustaz Syaari Ab Rahman
NABI YUSUF عليه السلام DAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
Di halaman 199-200 kitab, Shekh berkongsi tadabbur beliau yang menarik dari surah Yusuf.
Saya tidak pasti apa terjemahan terbaik kepada kalimah Shekh iaitu التوطين .
Yang pasti Shekh menjelaskan ada tiga peristiwa dalam surah Yusuf yang menunjukkan baginda cintakan negara Mesir meskipun Mesir tidak lagi berpegang dengan agama moyang baginda iaitu Nabi Ibrahim a.s. yang pernah diutuskan ke sana.
Semangat cintakan negara telah diterjemahkan Nabi Yusuf dalam tiga keadaan.
Pertama, doanya agar dipenjarakan. Baginda masih memilih Mesir dalam doanya sebagai destinasi baru meskipun di penjara. Baginda tidak berdoa agar dikeluarkan dari Mesir.
Kedua, ketika menawarkan khidmat baktinya di posisi yang sangat besar dan taklif yang sangat berat iaitu selaku menteri yang menguruskan sepenuhnya perbendaharaan negara.
Ketiga, ketika mendatangkan kedua-dua ibubapanya, saudara-saudaranya sekeluarga ke Mesir untuk menetap di sana. Bagi Shekh, keadaan hidup di Mesir lebih baik dari keadaan “Badwi” dan ayat 100 surah Yusuf itu adalah dalil Islam tidak menolak kemajuan dan ketamadunan.
Alhamdulillah.
Cintakan negara yang diterjemahkan dalam bentuk menyelamatkan ekonominya dari dirosakkan oleh mereka yang korup.
Cintakan negara yang diterjemahkan dalam bentuk usaha menyelamatkan aqidah rakyatnya.
Sebuah karya yang membuka minda dari Shekh Prof. Dr. Ali Muhyiyuddin al-Qarahdaghi hafizhahullah.
Wallahu a’lam
Comments are Closed