Amalan Utama Bulan Zulhijjah

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

uzar kenyatana

Peluang Latihan Industri di MURSHID untuk 2018

Bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi yang ingin mengembangkan potensi dan menyumbangkan tenaga sambil menimba pengalaman bersama MURSHID, kami menyediakan ruang untuk praktikal atau latihan industri.

Anda hanya perlu emailkan CV atau resume terkini lengkap dengan gambar terbaru ke admin@murshid.my dengan tajuk email PRAKTIKAL.

Sertakan butiran jangka waktu praktikal anda nanti serta surat daripada pihak institusi pengajian tinggi jika berkenaan di dalam email.

Calon akan dipilih mengikut pengkhususan yang sesuai dengan perjalanan serta aktiviti MURSHID.

Lokasi praktikal di Gombak, Selangor dan elaun disediakan. BaarakalLaahu fiikum.

intern

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman – Persiapan Bagi Keluarga & Kenalan Individu Bakal Menunaikan Haji #MURSHIDTV

Dengarkan siri tazkirah ringkas di saluran Facebok #MURSHIDTV mengenai persiapan bagi keluarga & kenalan individu yang bakal menunaikan haji daripada Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Pusat Pungutan Zakat MAIWP).

PENGUMUMAN

Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya derma dibuat untuk menjalankan program pada masa akan datang. Sebarang derma layak menerima resit pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sebarang derma dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID)
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 pada waktu pejabat. Semoga sumbangan anda akan diberikan ganjaran dan kemudahan oleh Allah SWT.

Pertemuan MURSHID Dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) & Cadangan Serta Perbincangan Ringkas

Atas kapasiti NGO MURSHID, saya hadir bersama beberapa rakan asatizah dari Institut Ibn Qayyim memberikan pandangan dan idea kepada YB Menteri Agama (YB Dato’ Dr Mujahid Yusuf). Semoga bermanfaat..

Alhamdulillah YB Menteri sangat terbuka, responsif dan sudi memberi masa hampir sejam untuk mendengar pandangan-pandangan kami walau dengan jadualnya yang sangat padat.

Suatu sikap YB menteri yang sangat baik bagi terus mendokong hasrat rakyat, memberi ruang pihak-pihak luar politik kepartian memberi pandangan dan idea konstruktif. Tahniah.

Pelbagai isu dibincang termasuk :-
1. Hifzuddin & Maqasid al-Shariah.
2. LGBT yang ditolak oleh Menteri tapi disalahfahami oleh media dan dijadikan bahan fitnah.
3. Child marriage (perkahwinan kanak-kanak).
4. Dr Zakir naik dan pendekatan ucapannya jika di Malaysia.
5. Pertemuan Ramasamy & Dr Maza.
6. Format program-program realiti berkonsepkan agama yang popular di televisyen yang perlu diubah.
7. Program dialog muslim dan non muslim di tv bentuk bersasar.
8. Drama Islamik dalam bentuk terkini, segar dan memandaikan rakyat.
9. Reformasi institusi agama dengan pendekatan baru dan segar.
10. Majlis atau sekretariat pemikir Islam negara .
11. Kerisauan sebahagian umat Islam terhadap polisi kerajaan terhadap Islam dan Muslim dan macam-macam lagi.

Doakan yang baik-baik, itu amat diperlukan berbanding sindiran yang tiada sebarang manfaat kecuali merosakkan diri.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
28 Julai 2018

dato mujahid

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman – Persiapan Bagi Individu Bakal Menunaikan Haji #MURSHIDTV

Dengarkan siri tazkirah ringkas di saluran Facebok #MURSHIDTV mengenai persiapan bagi individu yang bakal menunaikan haji daripada Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Pusat Pungutan Zakat MAIWP).

PENGUMUMAN
Pihak MURSHID amat berbesar hati sekiranya derma dibuat untuk menjalankan program pada masa akan datang. Sebarang derma layak menerima resit pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sebarang derma dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID)
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 / 011-2080 1636 pada waktu pejabat. Semoga sumbangan anda akan diberikan ganjaran dan kemudahan oleh Allah SWT.
Guru murshid yang sebenar adalah yang mendidik muridnya agar mampu berdikari jiwa, iman serta ibadahnya sendiri tanpa memerlukan gurunya, kerana setiap guru akan menemui kematian akhirnya - Dr Zaharuddin Abd Rahman