Permohonan Sumbangan Dana Membantu Hospital Awam Menjadi Pusat Rawatan COVID-19

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) sedang mengumpulkan dana bagi membantu hospital awam yang menjadi pusat rawatan virus COVID-19. Dana yang terkumpul ini bakal digunakan membeli peralatan seperti:
*Stetoskop
*Monitor SP02
*Termometer Digital
*Set Semakan Tekanan Darah Berbateri

Pihak MURSHID turut akan menyumbangkan barangan iaitu makanan dan minuman kepada para petugas di hospital tersebut.

Sebarang sumbangan wang boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic:
564799117561 (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at / MURSHID).
Resit sumbangan bolehlah diemelkan kepada: admin@murshid.my

Bagi tujuan rujukan sila letakkan butiran transaksi sebagai “covid” sewaktu membuat transaksi kewangan dalam talian. Ini bagi memudahkan pihak kami menguruskan sumbangan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui talian 03-6177 4612 atau 011-2080 1636 (WhatsApp sahaja).

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya sebaran melalui pelbagai media dibuat bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

POSTER BANTUAN MEDIK - Copy


Comments are Closed