Pesta Arak Terbuka Memang Patut Dibantah & Dihalang

Memang benar, saya difahamkan terdapat sebahagian ajaran agama selain Islam yang membenarkan arak dalam upcara tertentu, namun pengkajian lebih mendalam akan mendapati sebahagian agama contohnya Kristian terbahagi kepada tiga jenis pandangan dalam hal arak. Majoriti mereka mengharamkannya.

Namun demikian, mekanisme pemantauan dan pencegahaan dari kebenaran kepada kumpulan ini disalahgunakan mesti difikirkan, kerana MENGANJURKAN PESTA ARAK dan aktif promosi penjualan sebagaimana yang terdapat hari ini bukan lagi kerana menghormati HAK penganut TERTENTU malah ia untuk tujuan bisnes kepada umum sehingga amat mudah diperolehi oleh semua kumpulan masyarakat. Ia juga BUKAN dibuat atas nama ritual agama dan bersandarkan kepercayaan agama, ia dibuat atas dasar sukaria dan mengaut keuntungan.

Selagi lagi dingatkan bahawa ia mungkin boleh dibenarkan jika majlis khas keagamaan secara tertutup di premis tertutup bersandarkan agama atau dalam keadaan yang cukup terkawal khas bagi penganut agama yang di premis individu dan bukan majlis TERBUKA DAN BERSIFAT KOMERSIAL seperti Pesta. Harusnya arak kepada mereka dengan syarat dilarang minum dikhalayak awam sehingga MABUK kerana sekali telah mabuk, pelbagai JENAYAH dan KEMALANGAN boleh dihasilkan darinya. Tatakala itu, ia boleh menceroboh hak awam.

Masalah sebenarnya kini, bagaimana sebuah pentadbiran negeri atau kerajaan boleh mengawal penganut agama tertentu untuk minum sekadar di bawah paras mabuk jika PESTA ARAK dilaksanakan? Ia amat sukar untuk dikawal, sekali ia dijual dan mudah diperolehi, ia telah berada di luar kawalan sebenarnya. Buktinya, statistik di UK dan Russia menunjukkan kemudaratannya. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Atas sebab itu, yang perlu diberikan priority adalah hak orang ramai yang tidak ingin terjerumus sebagai mangsa jenayah akibat mereka yang minum arak berlebihan sehingga mabuk.?

Kerosakan dan jenayah yang terhasil dari ARAK adalah seperti DADAH yang meliputi semua jenis bangsa dan agama.

Justeru, saya membantah Pesta Arak Oktoberfest sama ada ingin dilaksanakan di Selangor atau negeri-negeri lain.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden,
MURSHID


Comments are Closed