Profil Asatizah

1) SS Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri [Mufti Wilayah Persekutuan] beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa.

Beliau juga merupakan bekas pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas. Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan. Kini beliau banyak menulis dan menyampai kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh Malaysia.

Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Fiqh Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa, Hadits.

2) Dr. Zaharuddin Abd Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Wales, UK. Beliau juga mendapat Ijazah Ilmiah daripada Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Kini beliau merupakan penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Muamalat Islam.

Selain daripada itu, beliau merupakan penasihat dan ahli majlis mesyuarat kepada beberapa institusi kewangan terkemuka selain merupakan Ahli Majlis Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang penulis yang prolifik yang mana buku-buku diterbitkan oleh Karangkraft, Telaga Biru, PTS Media Pro.

Beliau juga banyak menulis di media-media massa dan sekarang ini masih merupakan kolumnis Majalah Solusi, Fardu Ain, Majalah i dan lain-lain. Beliau juga sering menjadi jemputan bagi membincangkan isu-isu semasa dan berkaitan Muamalat dalam TV9, TV AlHijrah, TV3 dan lain-lain.

Kepakaran: Fiqh Muamalat, Perbankan & Kewangan Islam, Fiqh Solat, Fiqh Pentadbiran & Pengurusan (Siyasah), Motivasi Diri, Fiqh Semasa, Maqasid Syari’ah dan Usul Fiqh.

3) Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti of Yarmouk, Jordan. Ijazah Sarjana Bahasa Arab dari UM dan Ijazah Doktor Falsafah juga dari UM dalam bidang Balaghah al-Quran. Beliau adalah mantan pensyarah bahasa Arab UIAM, kini merupakan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Beliau cukup sinonim dengan kuliah tafsir al-Quran di Radio IKIM.fm setiap hari semenjak enam tahun yang lalu. Beliau merupakan kolumnis Tafsir al-Quran Majalah Solusi dan banyak menerima undangan bagi menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Malaysia.

Kepakaran: Bahasa Arab, Tafsir Al Quran.

4) Ustaz Roslan Mohamed mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Muhammad Ibn Soud, Riyadh, Arab Saudi. Ijazah Sarjana dari Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum, Sudan. Kini beliau adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Selain daripada itu beliau juga adalah Ahli Panel Penemuduga Tauliah Mengajar/Berceramah di Negeri Selangor (JAIS) selain kerap muncul di kaca TV dalam program al-Kuliyyah TV3, Halaqah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, Muqaddimah TV9, TV alHijrah, selain aktif menyampaikan ceramah dan pembentangan kertas kerja dalam program dan seminar dakwah di seluruh negara.

Kepakaran: Isu Semasa, Metodologi Dakwah, Motivasi Keluarga, Tafsir Al Quran

5) Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim (Al-Hafiz) menerima Diploma Tahfiz al-Quran dari Darul Quran, JAKIM. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (al-Quran dan Hadith) dan Ijazah Sarjana (Tafsir al-Quran) dari Universiti Malaya. Kini beliau merupakan pensyarah di UIAM.

Beliau merupakan imam jemputan pada bulan Ramadan dan kini merupakan kolumnis Majalah al-Ustaz dan buku pertamanya yang berjudul Ayat-ayat Syaitan yang baru keluar di pasaran terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. Beliau juga banyak menerima undangan ceramah.

Kepakaran: Tahfiz (Penghafalan Al Quran), Tajwid Al Quran, Tafsir Al Quran, Siyaq (Konteks) Al Quran.

6) Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.

Kini beliau adalah Eksekutif Kanan Unit Dakwah dan Pemasaran Khas di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumni bagi Majalah Solusi, Gen-Q dan al-Ustaz terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz dan lain-lain.

Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.

7) Dr. Abdul Basit Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah Islam. Kini beliau adalah Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan di samping merupakan pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam masa yang sama merupakan pembimbing jemaah haji, Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd. Dr Abdul Basit juga merupakan kolumnis tetap Majalah Solusi dan sering diundang membentangkan kertas kerja dalam seminar dan konvensyen.

Beliau juga sering dijemput muncul di televisyen dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9 dan beberapa rancangan lain. Setiap bulan beliau akan berkelana dari Kelantan ke Lembah Klang hingga ke Selatan untuk memenuhi undangan ceramah.

Kepakaran: Fiqh Mazhab Syafi’e, Perbandingan Mazhab

8) Dr. Maszlee Malik, Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti al-Bayt, Jordan. Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Durham, UK pengkhususan tajuk kajian Good Governance.

Selain daripada aktif sebagai ahli NGO beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti ceramah, forum dan debat isu-isu berkaitan politik dan pemikiran politik Islam kontemporari di peringkat universiti dan awam, sama ada sebagai penalis, moderator ataupun pembentang kertas kerja.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis kepada Majalah i terbitan Karangkraft dan kerap muncul sebagai penganalisi politik antarabangsa khususnya politik Asia Barat. Beliau juga merupakan pengarang kepada buku-buku Fiqh dan Usul serta berkaitan politik Islam.

Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Kajian Politik Islam di Timur Tengah & Asia Tenggara, Kajian Pascakolonial

9) Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Ibn Tofail, Maghribi, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Moulay Ismail juga di Maghribi, masing-masing dalam bidang Fatwa dan al-Ijtihad al-Maqasidi.

Kini beliau adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Timbalan Pengarah INFAD (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia), USIM. Beliau juga merupakan panel Fiqh dalam laman web ilmu-ilmu Islam, al-ahkam.net.

Kepakaran: Maqasid Syariah, Usul Fiqh, Fiqh Ibadat, Manhaj Fatwa & Manhaj Tadabbur Al Quran.

10) Dr. Mohd Sukki Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Syari’ah dari Universiti Yarmouk Jordan, Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (I’jaz Al Quran) dari Universiti Malaya.

Beliau merupakan kolumnis majalah Solusi, Fardhu ain, Al Ustaz dan banyak lagi. Beliau juga terlibat dalam mengendalikan rancangan TV seperti Tanyalah Ustaz, Al-Kuliyyah dan banyak lagi.

Kepakaran: Bahasa Arab, I’jaz Al-Quran, Motivasi dan Fiqh Ibadat.

11) Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan gelaran Imam Muda Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana juga dalam bidang Syariah di UM. Beliau merupakan juara rancangan realiti tv Imam Muda Musim Pertama.

Kini beliau adalah pendakwah bebas dan banyak menyampaikan ceramah di seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau kerap muncul di kaca televisyen sebagai panelis, moderator dan penceramah.

Kepakaran: Fiqh, Usul Fiqh, Motivasi, Kepengacaraan, Dakwah, Hal Ehwal Remaja.

12) Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa Mesir.

Kini beliau adalah Penasihat Syariah dan Pegawai Perhubungan Korporat sebuah penerbit buku, Pelima Media Sdn. Bhd. Sebelum ini beliau adalah pensyarah di Pusat Asasi Kolej Universiti Insaniyyah (KUIN), Kedah.

Beliau juga sering dijemput menyampaikan ceramah dan membentangkan kertas kerja di seluruh negara dan muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9.

Kepakaran: Fiqh Fatwa, Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan, Fiqh Puasa, Fiqh Perubatan, Fiqh Semasa.

13) Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Ijazah Sarjana Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari UIAM dan kini merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah dalam Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau merupakan pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, UIAM dan juga Ahli Lembaga Penasihat, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Ibn Mas’ud, Segamat, Johor Darul Takzim. Beliau adalah seorang produktif dalam menulis, selain daripada buku-buku tulisan yang boleh didapati di pasaran, beliau juga adalah kolumnis kepada Majalah Solusi. Beliau juga kerap diundang muncul di televisyen seperti dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9. Al-Kuliyyah, TV3 dan Halaqah, TV9.

Kepakaran: Bahasa Arab, Fiqh Am, Fiqh Interaksi dengan Bukan Muslim, Fiqh Muallaf, Aqidah, Maqasid Syari’ah, Fiqh Kenegaraan, Turath, Tasawwuf, Tadabbur Quran.

14) Ustaz Mohd Aizam Mas’od adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan Ijazah Sarjana Usuluddin dan Pemikiran Islam dari UIAM dan UM. Kini beliau menjawat sebagai Pegawai Penyelidik (Aqidah) Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan merupakan penulis Blog Abu Haseef, www.mufakkir-islami.blogspot.com. Beliau sering dijemput bagi membincangkan isu akidah khususnya mengenai ajaran sesat di Malaysia sama ada dalam ceramah, pembentangan kertas kerja atau sebagai panel forum.

Kepakaran: Aqidah dan Pemikiran Semasa.

15) Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali Ustaz Zamri Mantop adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Hasimete Zarqa’, Jordan. Lulusan kursus Perguruan Lepasan Ijazah Major Bahasa Arab; Minor Pendidikan Islam, Maktab Perguruan Islam Bangi. Ijazah Sarjana Tafsir dan ‘Ulum Al-Quran, Universiti Antarabangsa Madinah (Madinah International University).

Beliau kini adalah Pengarah Urusan dan Master Trainer Mantop Training and Consultancy (Enterprise). Bekas pensyarah Bahasa Arab dan Dakwah di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penulis Buku Beginilah Al-Quran Mengajar Kami dan Kaedah Al-Matien terbitan Telaga Biru. Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (Bahagian Tajwid dan Fasohah). Pengacara AQ 2010, Kelas Fardhu Ain dan banyak lagi.

Kepakaran: Motivasi, Human Development, Mantop Diri, Mantop Team (Team Building), Mantop Leadership.

16) Xifu Abdul Naser Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dan Islam dari SOAS, London dan Iskandariah University. Ijazah Sarjana Falsafah Islam dan Barat dari UM. Kini beliau adalah pensyarah Kulilyyah Ilmu Wahyu dalam bidang pemkiran kritikal dan kreatif.

Dalam masa yang sama beliau adalah Timbalan Presiden Persatuan Saudara Baru Darul Fitrah, Mentor sitcom tv “Studio Muallaf” terbitan TV ALHIJRAH, Trainer FCR (Friendly Comparative Religions) bersama Shah Kirit di IIS (Islamic Information Services).

Kepakaran: Bahasa Arab (Kaedah Logik), Balaghah Al Quran, Perbandingan Agama, Falsafah, Dialog Antara Agama, Pemikiran Kreatif, Komedi Kreatif, Pengacaraan Semi-ilmiah.

17) Ustaz Muhd Ramadhan Fitri Ellias merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dari Universiti Malaya di dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Kemudian, beliau mendapatkan Ijazah Sarjana di dalam bidang yang sama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Unit, Perundingan dan Pembangunan Syariah di RHB Islamic Bank dan Pengurus Syariah, Bahagian Pasaran Modal Islam, Maybank Investment Bank. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Beliau terlibat dalam menyampaikan kuliah, ceramah dan forum agama terutamanya sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Pernah muncul sebagai pentazkirah dalam Radio Malaysia Pulau Pinang dan Klasik FM. Juga berpengalaman sebagai motivator dan pengkuliah agama kepada para mahasiswa dalam dan luar negara.

Kepakaran: Fiqh Muamalat, Perbankan Islam.

16 Comments  to  Profil Asatizah

  1. Mohd Danial Rashid says:

    kbnyakn adalah dalam kepakaran dlm bidang fiqh. Saya lihat bebanyakan kita org Malaysia pilih bidang fiqh. BIdang Usuluddin macam kurang diminati oleh masyarakat kita. Saya merasakan keperluan yang mendalam kepada adanya para ulama Usuluddin dalam menghadapi kecamukan dan kepelbagaian pemikiran umat masa kini.

    • Mohd Syazwan says:

      yea..saya pun berfikiran seperti itu…saya lebih prefer para ulama ussuludin lg ramai dan merek dpt menyuarakan pendapat tentang permasalahan ummah masa kini…

    • Mohammad Nazri bin Mohd Nawi says:

      Saya bersetuju dengan pandangan saudara2 di atas bahawasanya di kalangan 20 orang ulama di atas, hanya segelintir sahaja yg pakar dan betul-betul pakar dlm bidang Usuluddin. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah pakar usuluddin dan tasawwuf, tapi jangan lupa bahawasanya Ustaz Mohd Aizam Mas’od juga adalah menjurus secara khusus @ major dlm bidang itu (‘Aqidah).

      Beliau kerap turun padang dlm majlis penerangan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah. Bahkan beliau merupakan salah seorang panelist utama di dlm majlis dialog di antara Ahlus Sunnah dengan Syi’ah (yg telah dihadiri oleh ‘Ketua’ Syi’ah Malaysia – Kamil Zuhairi bin Abdul Aziz) yg telah diadakan di Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sekitar tahun 2011. Anda boleh menonton rakaman video majlis tersebut di YouTube (ada 2 siri). Beliau juga salah seorang kolumnis dlm majalah al-Ustaz yg telah membicarakan hal Penyelewengan Syi’ah terbitan tahun ini (tahun 2013M @ 1434-1435H).

      Sebenarnya, MURSHID atau mana2 NGO tidaklah boleh dan tidaklah berupaya utk memaksa mana2 individu menyertai NGO mereka. Jika ajakan dan pelawaan serta galakan telah diberikan kpd individu2 terbabit utk menyertai NGO mereka namun individu tersebut telah menolaknya, maka apakan daya.

      Cuma dlm menyokong konteks ini, saya amatlah berharap agar dapatlah kiranya dipelawa Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz menyertai MURSHID ini. Beliau telah masyhur sbg seorang pakar dlm bidang Usuluddin. Bekas Pegawai Agama Istana Negara ini amat diketahui umum kepakaran beliau dlm bidang ‘aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah (ASWJ).

      Sekian saja pandangan dan cadangan saya.

      Jazakallah.

  2. amir says:

    saya rasa selain dari syariah dan usuludin…patut ada ulamak dalam murshid ni yang mahir dalam tasauf…yang talaqqi kitab tasauf seperti ihya ulumuddin…hanya dr zulkifli sahaja yang mahir dalam ilmu tasauf dari ramai-ramai ulamak diatas…

  3. MrsFarisya says:

    assalamua’laikum, pertanyaan ,

    saya sedng mengambil ijazah sarjana muda bahasa arab,

    berhajat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master,

    adakah diperngkat master saya boleh mengambil jurusan pendidikan islam atau usuluddin atau fiqh wa usuluh ?

    • snad says:

      saya cadangkan saudara menyambung semula dalam bidang bahasa arab kerana ilmunya sangat luas dan ia adalah kunci segala ilmu-ilmu, teruskan istiqamah

  4. mohammad Rafi Ahmad says:

    Salam Ustaz. Saua ade 2 soalan berkaitan dgn cerai taklik.

    Soalan 1.
    Isteri saya pernah menyuruh saya bertalik pada 2009 ‘Abg janji tak akan pukul Ila lagi lepas ni kalau pukul jatuh’. Dan apa yang saya ingat saya tidak menyebut perkataan talak dan saya juga bermaksudkan jatuk itu adalah talak. Saya juga bermaksudkan selepas ini itu adalah selepas perbincangan itu bukan sepanjang masa selepas ini. Dan saya juga telah menarik balik lafaz taklik itu selepas beberapa minit tanpa didengari oleh isteri saya. Adakah jatuk talak atau tidak ?

    Soalan 2.
    Baru-baru ini saya ade bertengkar dengan isteri dan saya berkata ‘Kalau Ila keluar pintu jatuh’ tanpa menyebut talak dan sebut mana2 pintu tetapi saya tiada niat untuk menceraikannya hanya sekadar mengugut. Dia keluar jugak dan saya jadi panik dan was-was. Adakah talik ini sah dan jatuh talak?

  5. Saary Awang says:

    aslmualakum wmbt.para asatizah MURSHID cadangan saya
    1.murshid mengarahkan ahli2 tidak memegang apa2 jawatan yang membuat polisi pihak pemerintah seperti mufti jakim jabatan ugama majlis ugama ikim dan ngo pro pemerintah.
    2.murshid mesti tegas mengeluar fatwa mengikut nas walaupun kadang2 bercanggah dengan polisi pemerintah
    3 murshid sepatutnya menggalakkan ummah berdebat n bermuzakarah tentang sesuatu issue negara eg pengswastaan aset negara,kenaikan harga barang keperluan hidup,nilai matawang merudum toleransi hidup ,beragama,rasuah dll
    4sekarang imej ulamak msia telah di bayangi ulamak resmi pemerintah dan ummah tidak dpt kemanisan ilmu yg di miliki dlm dada ulamak kerana kebanyakan tertambat di pokok2 kepunyaan pemerintah yg sgt banyak mengeluar buah yg ranum
    5murshid mesti membuat sesuatu yg signifikan utk menyinar ilmu mereka eg mengeluar fatwa HARAM pemerintah mengswastakan TNB kpd IPP HARAM swastakan secara monopoli pengimportanberas dll

  6. Teman Yang Memecah Kesunyian says:

    Assalamualaikum . Saya sangat minat bidang agama . Saya sekarang da habis stpm . Jurusan yang saya ambil ialah usuluddin , syariah , bahasa arab dan pengajian am . Jadi saya keliru untuk ambil apa dalam ijazah nanti . Saya minat syariah , fiqh , usul fiqh , sirah , kaji alquran dan hadis , teori agama dalam usuluddin , dan tentang mazhab . Saya minat juga bahasa arab . Sebab lughah tu menarik untuk dikaji . Jadi macam mana ye ? Kerjaya yang saya suka pula lebih kepada komunikasi dengan orang , tampil di hadapan orang . Sekian

  7. Jamal Hasan says:

    walau apa pun bidang seseorang ustaz janganlah berpolitik semasa berceramah. Ajarlah bab agama je. Bila dah masuk bab politik mula lah mengutuk dan mengeji. Apa pula hukum kita yg dengar bila ustaz caci oeg lain.

    • azan says:

      politik adalah salah satu bidang dlm Islam..tidak salah membicarakan pasal politik dan hendaklah berkata benar walaupun ia pahit untuk ditelan..kita berTuhankan Allah bukan manusia..wallahua’lam

  8. Nik Siti Khadijah says:

    Assalamualaikum.ustz, nak tanye.. Sya bru lepasan ijazah sarjan muda usuludin so nak sambung master.. Skrg sya pilih cos antra dakwah dan kepimpinan taw usuludin dan falsafah taw al quran sunnah di ukm.. Bidang sy time blj d kuin umum semua madah..cuma xth nk pilih cos mne sbb semua sy suka..ada cadangan n pandangan dr ust..

  9. abd manap says:

    kalau boleh ditambah lagi murshid yang sedia ada. begitu juga mufti-mufti seluruh Malaysia juga boleh dimasukkan

  10. Conradvbzwie says:

    I see your site needs some fresh & unique articles. Writing
    manually is time consuming, but there is solution for this.
    Just search for – Masquro’s strategies

  11. Ammar says:

    Dlm profile MUFTI WILAYAH, ade menyebut,Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab,syria. Kenapa bila saya cari berkenaan uni tersebut, tiada sebarang maklumat yang saya dpt.

  12. Umar said says:

    Mungkin lps syria ada krisis kemanusiaan …laman sesawang universiti tu dh tiada….atau nama institusi berubah sedikit drpd zamn dr zulkifli bljr disana .lgpon nama penyelia dr zul yg menyelia pengajiannya sewaktu sarjana ( syeikh dr mustafa khin) pon dh meninggal klu x silap thn 2008….skrg dh thn 2017….era dr zul di syria (1994-1997 ) lma dh tu…klu di malysia dlm tempoh 10 thn dh mcm2 perubhan ada yg asalnya institut lps tu jd kolej ..seterus kolej universiti…dan universiti penuh…ada asalnya kolej komuniti biasa lps perasmian ada pertambahan nama sultan atau tokoh2 tertentu utk nama sesebuah kolej…jd perkara tersebut mungkin tak mustahil utk negara2 lain spt syria?ni telahan saya jer…wallahua’lam….

Leave a Reply

Your email address will not be published.