Program Bantuan Keperluan Asasi Kepada Fakir Miskin

poster program agihan keperluan (1)

MURSHID dengan kerjasama Elzar Mart menganjurkan Program Bantuan Keperluan Asasi Kepada Fakir Miskin.

Program serahan akan dibuat secara bulanan. Seramai 50 keluarga yang cukup syarat khususnya di sekitar Gombak akan terlibat menerima bantuan.

Pengagihan bantuan barangan keperluan asasi ini mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah dan sangat memerlukan, khususnya di musim ekonomi tidak menentu dan lembap ini.

Para penyumbang boleh memberi sumbangan kepada akaun Maybank Islamic (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at) – 564799117561. Sila tulis ‘asasi’ sebagai rujukan jika anda membuat bayaran secara ‘online’. Anda juga boleh emel ke admin@murshid.my dan maklumkan sumbangan untuk keperluan asasi. Anda juga boleh memaklumkan melalui emel jika memerlukan resit pengecualian cukai.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 011-2080 1636 (pada waktu pejabat)

 


Comments are Closed