PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN KEPERLUAN ASASI

Sekitar program pengagihan sumbangan keperluan harian kepada golongan memerlukan di Elzar Mart, Mutiara Gombak. Anjuran bersama MURSHID, Elzar Mart dan Masjid Sungai Chinchin, Gombak.

Pengagihan ini diadakan pada jam 2.30 petang, 7 Mei 2017 (Ahad) yang lalu. Seramai 16 telah pun menerima bantuan keperluan asasi. Keperluan asasi tersebut termasuklah beras, minyak masak dan gula. Selain itu penerima sumbangan menerima baucer RM200 yang boleh digunakan di Elzar Mart.

Sesi pengagihan ini juga dihadiri oleh Timbalan Presiden MURSHID, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim serta Setiausaha Agung MURSHID, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman. Masjid Sungai Chinchin diwakili oleh Nazirnya, Dr. Mohd Nor.

Terima kasih diucapkan kepada penderma yang memberi derma di luar sana.

asasi mei 17 (5)

asasi mei 17 (1)

asasi mei 17 (2)

asasi mei 17 (6)


Comments are Closed